awat jadi lagu ni ?

Malam tadi selepas berlegar-legar seharian seputar pejabat imigresen dan kastam, pejabat residensi di Damansara, gua pulang ke rumah terus setelah makan malam di warung Geylang dekat USJ 9. Sekarang tak payah susah-susah turun Singapura kalau ada yang berselera di sana. Gua tinjau-tinnjau menu dia tadi, semua makanan hakcipta kota Temasik hampir-hampir semuanya ada. Dari sup tulang merah kesum-sum ke lontong goreng ke meehun singapura sampai ke teh 'C' Peng. Gua gelar teh ni 'teh komunis' sebab namanya macam ketua kumpulan komunis. Gua pekena nasik kerabu ayam percik Singapura. Terima kasih Lynn belanja gua. Sambil-sambil tu paksa-paksa makan roti john daging dengan keropok lekor sebab gua tak suka tengok makanan membazir. Walhal, sukatan tanda aras pada perut gua sudah melebihi takat limpah. Aturan metabolisme dan perut gua pun langsung jadi pesta bunga api malam tahun baru!

Usai mandi sambil sedang menunggu-nunggu mood untuk membaca dan detik-detik untuk melentokkan diri, gua cuba-cuba tengok siaran TV tanpa saluran Astro di rumah gua. Petik punya petik, gua terserempak dengan satu program bolasepak tempatan macam ala-ala prebiu liga perdana Inggeris. Entah hapa ke entah judulnya, gua tak berapa nak hapal. Yang gua tau saluran TV1, lebih kurang bunyiknya macam 'Sekitar Liga', 'Sepulas Liga', 'Sekilas Liga'... kawasan-kawasan tu jugak le. Rupa-rupanya gua dok usha-usha rancangan majalah bolasepak tempatan ni boleh tahan juga rencahnya. Ada satu segmen tu, dia pegi tunjuk behind-the-scene macam mana ada satu fan Kedah ni punya devoted dengan treble-winning-team kebanggaan dia ni sampaikan dia sanggup call-up 3-4 orang pemain untuk rakam satu soundtrack special untuk team HijauKuning. Best pula lagu itu walaupun memang cedok bulat-bulat lagu Nickelback(Gotta Be Somebody) yang digubah liriknya. Apapun... rajin dia ni, klip video di bawah gua berikan nilai kredit yang seadanya. Tak silap gua, player Kedah yang menyumbangkan vokal tu adalah Fauzi Saari dengan Ronny Harun. Yang lain tu, gua tak berapa nak kenal pasti.

Lepas tu, dia punya segmen terakhir ada tunjuk highlight perlawanan-perlawanan klasik dulu-dulu zaman hitam putih. Malam tadi diorang tunjuk MALAYSIA lawan CRUZEIRO, satu match persahabatan tahun '76. Fuff! Sikit punya membara dada, susah pula nak tengok match-match klasik Harimau Malaysia kat TV ni. Mujur ada RTM.



Yang haru tu... apasal dah nak hujung-hujung ni baru gua tau yek? Memang betul la cakap bapak gua itu hari : Sponsor besar manapun, player bintang manapun, stadium cantik manapun - STANDARD tiada, tak guna juga


p/s: Bapa gua adalah bekas pemain posisi penyerang PKNS Selangor era 70-an bersama beberapa orang pemain kebangsaan suatu masa dulu. Sampai sekarang gua puas mencarik jersi tersebut bernombor 10 persis jersi Harimau Malaya '76-'80 yang hanya berjaya gua sarung SEKALI sahaja masa gua di Tingkatan Satu dahulu. Memang keramat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
highlight masa zaman itam putih..?
peh... teringin gak nak tgk..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

...malam jumaat show dia, dalam area pukul 10pm tak silap gua.
Tanpa Nama berkata…
Maaf mencelah pada tempat tak kena..

Kalau tak silap, rancangan ni Sebelum Wisel kot..