Apa gua nak buat hujung-hujung minggu macam ni selain gigit suratkhabar.

Sedang gua menyelak semak suratkhabar hari ini dan semalam (ketinggalan membaca akhbar hari sebelumnya), ada satu ruangan yang menarik perhatian. Bersempena 12 tahun Cyberjaya, ada satu ruangan sisipan khas dalam satu suratkhabar harian berbahasa inggeris yang mendedahkan rupa sebenar KRU Studios di Cyberjaya yang bakal siap nanti. Sekarang ni dah lebih 60% siap. Plan gambaran pelukis itu gua renung tajam-tajam lantas membaca terus info-info serta maklumat yang terkandung.

Ada total 14 studio dengan 3 fasa berperingkat dengan setiap satu fasa berharga RM50 juta. KRU Studios juga dilengkapi dengan lima studio penerbitan audio, lima studio suntingan, studio pengimejan digital dan studio animasi visual kesan khas. Dua-dua studio soundstage masing-masing berkeluasan antara 2,500 hingga 10,000 kaki persegi, sesuai untuk persembahan konsert serta rakaman muzik video. Target KRU pula, 300 drama dan 12 filem dalam tahun 2010. Ada satu filem Hollywood pun dah siap tinggal nak tayang aje keluaran KRU.



Tutup suratkhabar. Gua mula menggelabah tak tentu pasal.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
berharap benar gua studio ni mampu mengupgrade mutu filem malaysia..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

ya.