Antara filem Melayu paling 'daring' gile dalam sejarah kini ber-sequel!

SOFIA
" Cikgu yang sebat bontot awak tadi tu kan, kita panggil DF "
.
CIKGU AZMI
" DF? "
.
SOFIA
" Em "
.
YATI
" Dara frust...!! "
.
SOFIA
" Wanita memang tertarik dengan seks, dan sesuatu yang cantik! "

Dharma bersama barisan pelakon ADIK MANJA RETURNS
.
Selepas 29 tahun, hero filem ADIK MANJA, Dharma Harun Al Rashid bakal mengangkat semula filem arahan Othman Hafsham itu dengan menghasilkan sekuelnya, ADIK MANJA RETURNS !

Filem yang memaparkan kenakalan pelajar sekolah perempuan dan pernah mengaut kutipan mencecah RM3.5 juta ketika ditayangkan sekitar tahun 1980 ini bukan saja akan menyaksikan Dharma kembali membawakan watak Cikgu Azmi, malah pelakon itu juga akan tampil sebagai pengarah bagi sekuel tersebut. Mengulas lanjut tentang filem yang akan memulakan penggambaran pada awal Julai nanti. Idea untuk mengembalikan 'nostalgia' Adik Manja ini sudah lama difikirkannya. Filem Adik Manja Returns akan diterbitkan di bawah produksi milik Dharma sendiri, Adik Manja Sdn Bhd dengan kos pembikinan sekitar RM1.5 juta dan lokasi penggambarannya di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Rozita Che Wan membawakan watak Pengetua Sofia

Jika Adik Manja dulu menyaksikan lakonan pelakon-pelakon seperti Noor Kumalasari dan Adibah Amin, kali ini barisan pelakon yang akan membintangi 'versi' baru Adik Manja Returns ialah Scha, Rozita Che Wan, Jihan, Kenchana Dewi, Fida, Faezah Elai dan Dharma sendiri. Jalan ceritanya masih berkisarkan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi swasta. Institusi itu kini diambil alih oleh anak pengetua institusi itu dulu, bernama Pengetua Sofia. Tapi Sofia tidak mampu kawal lagi masalah disiplin pelajar-pelajar di situ. Dan kemudiannya dia teringat wasiat ibunya yang menyuruh Sofia mencari Cikgu Azmi semula jika berdepan dengan perkara itu kerana menurut ibunya, Cikgu Azmi tahu untuk selesaikan masalah itu seperti dulu. Dalam filem ini juga, dimasukkan elemen tarian hip hop (?!) dan shuffle (?!!!!) yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Mengenai barisan pelakon Adik Manja Returns ini ikut kata Dharma, pelakon-pelakon muda yang dipilih mempunyai keistimewaan tersendiri dan dilihat memenuhi kriteria karektor-karektor dalam filem tersebut. Mungkin ramai yang beranggapan pelakon-pelakon muda yang diketengahkan kurang popular. Tetapi Dharma yakin dengan kemampuan mereka dan popular tidak bermaksud semuanya berkualiti. Ada juga dia terfikir untuk mengundang semula Adibah Amin dan Noor Kumalasari. Adibah Amin tidak begitu sihat sekarang manakala Noor pula memang tidak mahu lagi berlakon jadi tak dapatlah. Dia turut gembira kerana mendapat sokongan daripada pengarah asal filem Adik Manja, Othman Hafsham.

Ok. Lepas ni sapa nak buat GILA-GILA REMAJA STRIKES BACK, ALI SETAN PART 4 atau AZURA: REQUIEM, sila angkat tangan ??!


Ulasan

wahh teruja ! teruja !!
faizalmukhtar berkata…
[zeekster]

kalau kau teruja... aku 18ribu kali lagi diuja!
Saudagar Mimpi ... berkata…
Kalau ikut kegilaan remaja masa kini dan formula box office Malaysia, rasanya formula terbaik utk filem sequel Adik Manja lebih meletup-letup ialah dgn turut menyelitkan unsur Rempit(samseng jalanan) & Bohsia di jalan gelap. Sure meletup letup panggung dgn kehadiran mereka.

oh...aku plak tgh teruja nak tgk Transformer 2.
faizalmukhtar berkata…
[saudagar mimpi]

kalau panggung tu meletup betul disebabkan kegilaan remaja yang betul gile tengok filem-filem yang macam lu cakap ni, macamana?

adakah kita akan dapat tengok transformer 2 kelak di panggung yang sama?