Akibat tidak memasang azam pada tahun baru yang lalu.

Gua bergurindam lagi.

Bukan mudah menjadi insan budiman. Bangkit awal pagi dinihari dengan pakaian bergosok kemas rapi bertali leher ke tempat kerja dan bau wangian di badan semerbak flora yang menggamit sang unggas dan mergastua. Di hormati oleh masyarakat, di senangi oleh orang tua dan diidami oleh ramai gadis dara ayu nan jelita. Makan dan minum pemuda itu terjaga, tutur kata ibarat pendekar teruna yang tangkas bermain senjata tatkala musuh datang menerpa. Kiri dan kanannya senantiasa berjaga-jaga, tiada sekelumit ruangpun dibiarkan dirinya hampa. Tidak ada peluang juga untuknya meratap nestapa. Dunia insan. Dunia budiman. Oh. Itulah sebenarnya muka dunia. Dunia sekarang ini dunia pancaroba.

Tapi itu semua tiada bagi gua hari ini.

Hanya rancangan tergendala dan jadual-jadual kerja telanjur.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bro.. lu ada main fifa 09 tak?
ada mamat mana tah wat Liga M dlm game tu. Ntah cmne dia ejas gua tak tau. Mmber gua baru dwnld Liga M punyer pacth. Mlm kang gua nak lenjan!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

FIFA last sekali gua tangkap serius tahun 2007. Memang sebelum gua terjebak dengan keras pada WINNING ELEVEN/PES, gua adalah pemain tegar FIFA sejak 1994. Masa tu Rusdi Suparman pun ada dalam game tu.

Bak la sini kalau dah bakar-bakar gua macam gini!
Tanpa Nama berkata…
http://msl4fifa09.wordpress.com/

ni je yg gua mmpu kasi..
lu kaji dlu, pstu gua nk dgr pndapat lu.. gua mnat fifa start dari World Cup 2002.. main winning11/PES cuma tngkap muat je. Mlm tadi gua(pahang fc) letop selangor fc 6-0!!
ada panas? yeargh!!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

kajian sudahpun bermula... ! TQ