Pagi-pagi buta ada kutu / aweks mana entah dah main miss-call-miss-call sama gua. Tak tau ke gua sedang bermimpi di siang hari.

Tadi gua bangun dalam keadaan yang begitu membingungkan neuro cortex dan saraf tunjang. Gua trackback balik prestasi hidup dan kerjaya gua sepanjang suku pertama 2009 setakat ini dan ternyata terlalu banyak benda yang masih bersepai dan tidak tentuhala. Mungkin kerana gua terlalu banyak meletak benchmark yang bukan-bukan ataupun mungkin kerana gua terlalu dramatik dalam mengikut rentak orang-orang yang terlebih dahulu sukses dari gua. Orang nak ke bulan, gua pun sibuk nak ke bulan tapi hapa pun gua taktau pasal kejuruteraan angkasalepas.

Gua sedar yang gua masih lagi di bawah par. Gua tau gua malas. Gua tau suka berlengah. Gua tau gua suka curi tulang. Gua tau kemahiran gua di padang tidak se-fit dan se-Azman Adnan seperti dulu. Gua tau yang gua selalu kopak dan kering, tak kira la haribulan apa pun. Dan gua juga tau yang gua miss banyak benda yang tak sepatutnya gua miss.

Gua terpaksa salahkan diri sendiri.

Demmit.

Tiadakah pakej rangsangan ekonomi dari pihak kerajaan pusat ataupun jawatan dalam PLKN ke untuk insan lemah seperti gua ini ?

Ulasan