Malam Jahannam ( Kecundangnya seorang pembalap haram di tangan takdir kerna malang tidak pernah mengeluarkan bau )

Semalam adalah hari yang mengikut undang-undang Murphy walaupun yang sebenarnya gua pun tak berapa reti apa dan macamana undang-undang Murphy berfungsi. Siapa mamat mengada-ngada nama Murphy ni pun gua tak usul periksa. Uforia mengejar dateline dan kerja-kerja harian yang tak putus-putus datang secara impromptu, langsung tidak menjadi sebarang hal bagi gua. Janji gua ada keje tetap dan tak merempat tepi jalan jual dadah tepung atau merempit ganggu jiran tengah pagi buta atau kacau awek-awek kilang balik keje. Biasalah, ekonomi tengah merudum dan keadaan kewangan global tidak stabil. Alasan yang dah biasa orang gunakan untuk tahun ni termasuklah gua ni yang cukup jahil pasal ekonomi dan susutnaik kadar matawang dunia. Yang gua tau, duit masuk duit keluar. Duit ada, duit takde. Duit orang, duit kita.

Maka nak dijadikan cerita dalam keikhlasan gua mencari rezeki halalultoyibban sehari-harian, kerja gua dua-tiga menjak ni banyak mebabitkan adegan dan babak running-merunning. Nak tak nak kena la gua menaiki kenderaan untuk ke satu-satu destinasi. Selalunya gua akan menaiki kenderaan persendirian ataupun kenderaan syarikat bila mana perlu. Dan sseringkali juga, kalau perjalanan yang membabitkan destinasi dan lokasi-lokasi yang gua kurang familiar atau jauh-jauh belaka, gua akan lenjan kenderaan syarikat yang merupakan sebijik kereta Wira Aeroback cukup rugged dan kental. Minyak Petroleum pula ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Jadinya gua seronok buat kerja, tak la duduk mengadap komputer aje 24jam walaupun gua sedar skrip gua dah terbabas 2-3 minggu nan lalu. Haru. Haru. Apa la nak jadi dengan gua, nak kaya tapi kerja malas. Gua ingat buruh Bangla dengan Indon bagik 2-3 minggu tu, siap dah sebuah bangunan pencakar langit kat KL.

Sejak Isnin rasanya gua dah cover Taman Equin, Serdang, Kuang, Sungai Buloh, Pertama Complex, Bukit Jalil, Taman Orkid, Cheras. Malam tadi ada satu lagi destinasi gua kena hadap sebelum gua memanggilnya hari (call it a day) iaitu mesyuarat dengan kepala-kepala krew kat sound stage area Bandar Sri Damansara. Tapi sebelum gua ke sana, gua ingat nak tukar kereta syarikat dengan kereta gua. Kalau meeting tu macam agak-agak tak memerlukan gua sangat, gua boleh terus chalo balik rumah. Tak sampai setengah jam ber-meeting-an, gua dah sangap. Nampak sangat gua off focus. Pelan-pelan gua bangun dan angkat kaki menuju ke kereta Kancil 850 keluaran 1999 gua yang kukuh itu. Dalam perjalanan keluar, ada satu simpang bawah flyover dekat dengan area tak jauh dari studio gua dan sound stage tadi. Lebih tepat lagi dapat gua nyatakan ianya terletak betul-betul sebelum Plaza Tol Penchala, bersebelahan perumahan pangsapuri Flora Damansara yang selalu muncul di TV itu. Dari kejauhan, simpang tadi nampaknya kecoh dan sesak nak mampus. "Ah! &%$#!!! Ni mesti ada eksiden bangang kat depan ni... *&%$@! Jakun betul!", jerit gua dalam hati kuat-kuat tanda protes dengan sikap pemandu-pemandu Malaysia yang pantang tengok eksiden tak kira di mana jua berada. Kalau tolong tu takpe, tapi nengok aje macam tak pernah nampak eksiden seumur hidup.

Makin lama makin pekat jem. Kereta gua pun jalan terhangguk-hangguk, tersengguk-sengguk macam ayam kena paipon. Dalam seminit tu, tak sampai semeter pun pergerakan kereta-kereta. Slow... slowww.... sellowwww...

Tiba-tiba,

Jantung gua bergendang bagai alunan fengtaw tak tentu arah, aliran darah gua bersepai entah kemana, separuh nyawa gua bagai disentap sakratul maut! Bijik mata gua yang tadi mamai dan lalok dengan secara otomatis terbeliak macam nak terkeluar dari soket. Depan mata gua, gua ada nampak bayangan kon dengan lampu oren lip-lap-lip-lap berwarna belang jingga dan putih. Betul-betul kat tengah kon tu tertera rapi dan besar abjad " J.P.J " !

EKSIDEN APEKEJADAH!

Sudah. Dalam kepala gua dah muncul macam-macam kebarangkalian dan perhitungan: Apa sarapan gua kat lokap besok pagi, ada tak jalan pintas underground ke mana-mana sebelum tiba turn gua jap lagi, ada tak gua pernah belajar ilmu ghaib kat mana-mana qiyai sebelum ni, gua ada bawak porno ke dalam kereta, bila last sekali gua mintak ampun kat mak bapak gua... bla... bla.. bla.


"Op.. Ooopp! HAHHH!!! Ni apa kena kau ni, ni bulan lapan tahun lepas. Berenti sana!! Berenti sana!!! "


"Bak sini lesen dengan IC kau"

"Kunci ni aku tarik. Kau boleh call sedara-mara kaua datang jemput"

"Ni saya tak bagi saman ni, saya bagi perintah mahkamah"

"Kau tau apa salah kau??!"

"Apa ingat aku ni baru keluar kampung ke?!!"

"Pak Aji pun pernah menipu, bang..."


Semua kenyataan-kenyataan keras dan padu tu dan entah berapa banyak lagi kenyataan keras dan padu lain yang diarahkan tepat kepada gua, suara tersekat kat kerongkong manjang nak jawab. Gua hanya mampu menjawab dengan angguk-anggukkan lemah dan lembut, muka masam mencuka umpama anak dara sunti kena kawin paksa sama laki yang bukan pilihan hati. Air mata gua walaupun tak mengalir deras membasahi pipi tetapi ianya menderu laju jauh ke dalam lubuk hati yang sayu. Gua sipi-sipi nangis dari dalam.

Drama tersebut berlanjutan dengan siri-siri cerita panjang dan ceramah undang-undang serta motivasi dari pegawai-pegawai JPJ berpangkat tinggi dan rendah sehingga ke larut malam membawa ke awal pagi.

* * *

Perjalanan pulang ke rumah, gua cuba imbau kembali zaman-zaman kegemilangan gua mengganas gagah dan liar tanpa cukai jalan selama 8 bulan berturut-turut dengan syahdunya. Penuh sesalan. Gua insaf tidak terkata. Gua berikrar untuk tidak menjadi penjenayah jalanan tidak berprinsip lagi dalam mengikuti akta pengangkutan jalan (untuk sementara waktu).

Gua kecundang dalam kegelapan larut malam yang bening dan hening itu jua.


Moral:
Pastikan anda tahu dimana anda menyimpan dan meletakkan geran kereta anda supaya kelak ingin memperbaharui cukai jalan tidak menjadi kesulitan seperti saya. Cegah sebelum parah. Terima kasih

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
aduih... soryla bro.. tergelak plak baca luahan bro.. klu gua yg kene.. aduih.. tak terkatala..
pape pun.. lu hebat.. 8 months without roadtax.. pasni gua ambk iktibar..
DancingQueen berkata…
syabbas!! pape pon awak tetap hero ;)