Ketika itu, Lothar Matthaus dan Marco Van Basten adalah sebati dalam kaki kiri dan kanan gua.

Dalam banyak-banyak benda yang paling gua rindu dan syahdu, tiada lain yang lebih rindu dan syahdu dari permainan bolasepak di waktu petang dengan kutu-kutu seangkatan dekat padang warrior ss18, betul-betul hadapan Mamak Bistro pada zaman-zaman kegemilangan gua beraksi dengan but kain jenama Slam King super rabak.

Sekarang petang-petang hanya sering YouTube, ngeteh sama kueh-mueh dengan muka yang sama atau melanguk tak tentu hala berhadapan skrip yang tak kunjung siap.

Gua masih mendambakan time machine.

Ulasan