DAY 1 : Hari ini dalam lipatan.

Masuk hari ni, dah masuk post yang ke-900 gua bubuh kat sini. Mungkin satu rekod kebangsaan buat diri gua. Hari ini juga menandakan hari pertama penggambaran game show yang membabitkan pembabitan hardcore gua di belakang tabir selama 20 hari berturut-turut. 20 hari dari awal pagi hingga ke waktu malam. Ini bermakna dalam tempoh tersebut, gua dengan secara korbannya terpaksa melepaskan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sejak pertama kali gua ke sana pada tahun 1991. Memang tak pernah miss kecuali tahun ini. Ini termasuklah juga Anugerah Industri Muzik yang juga gua tak pernah ketinggakan sejak diperkenalkan. Kirimkanlah gua kekuatan dan semangat. Nak buat macamana, dah ketentuan Allah SWT.

Labu lah...Labu.


LAXMANA Production Blog

Ulasan