DAY 9 : Panggung ini hari.

0-0. Itulah keputusan muktamad di Nou Camp pagi tadi, biarpun gua hanya tengok dengan kemampuan penglihatan 20%-30% sahaja gara-gara shooting dan Winning Eleven tanpa henti. Gua tak rasa rugi sangat sebab rata-rata penilaian gua macam tengok persahabatan estate. Kulur-kilir bawak bola tak kemana gol yang dicarik. Hampras betol. Ini bermakna advantage buat pasukan Chelsea. Harap-harap jumpa si Setan Merah lagi. Dendam kesumat tahun sudah masih membara.

Wolverine bukak hari ni kat Malaysia biarpun ini hari Rabu. Bermakna juga filem ini menandakan pembukaan summer movies untuk musim 2009. Koi dah tolong booking tiket. 8 semuanya. Pasti melegakan jiwa dan nurani. Harap-harap penggambaran berjalan lancar (baca: teori Apokalips - apa nak jadi - alifbata - ABC)

Sekarang menulis entri blog ini dengan Hazo di sisi (assistant Line Producer) sedang menceritakan biografi hidupnya secara 'live'. Rupa-rupanya dia ni budak kampung gua, anak duta Malaysia yang banyak travel dunia serta ramah, tamah, pamah.

Masuk ni dah 13-14 buku-buku bercorak cereka, biografi dan sains fiksyen gua dah boleh tulis dengan hanya lepak di sini.


LAXMANA Guerilla Production Blog.

Ulasan