DAY 6 : Lepas ni gua nak pesta buku sendiri-sendiri.

Ahad. Selalunya sama ada gua akan ngorok abis-abisan sampai kena gegar ke pasar atau gua layan komik dan buku sampai petang atau gua layan panggung. Kalau tak pun, ini hari gua plan nak ke last day pesta buku. Jumpa kroni dan kutu-kutu yang lain. Zid subuh-subuh shafie'e lagi dah booking gua untuk appoinment lunch sebelum dia balik Singapura. Maaf, gua sekarang terpaksa bersemayam ke MayaPura dahulu untuk urusan pencarian Laxmana. Sori dud, gua betul-betul tanggung jawab lagi ni. Esok lusa lu dah balik, kita cerita. Zedd, Lobak, Zaki, Roy. Termasuklah nama-nama ini yang telefon atau SMS gua tidak berangkat gara-gara kamera sedang di rolling. Niezam, kita merancang Tuhan menetukan. The comic is still in my mind. I apologize for the no-show at the Pekomik talk for the lauch of THAT online comic. Koi, gua memang nak karaok malam tadi, alih-alih gua koma lepas tengok bola sampai ke pagi.

Bermakna juga ini hari tamatlah penggambaran musim-2 game show tersebut. Apa yang terjadi keesokannya, hanya Tuhan yang tahu.


LAXMANA Production Blog

Ulasan