( AKAN DATANG ) - Rosli Dhoby

© KL MOTION PICTURES COMPANY 2009




Ini ialah surat terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung :

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.


Salam sembah dari anakanda.


Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Ulasan

DancingQueen berkata…
best best! ;)
azyze gomez berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azyze gomez berkata…
Terujanya bila mengetahui yang hero Sarawak ini akan 'melompat' dari helaian buku teks sejarah zaman sekolah, ke layar perak! (or in this case, TV lah kan...)

sungguh tidak sabar!

(trailer tu, gila best editingnya!)
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

...saya rasa pun best jugak.
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

yeah... very much rasa best juga.

Credits to pali yasir, the DOP for this momentous epic. Jangan lupa nanti kalau dah keluar. Tengok jangan tak tengok.
auntie ling! berkata…
interestingg.... i wonder mana awak dpt the last letter of RD ni? :)
faizalmukhtar berkata…
[auntie ling]

gua copy paste aje kat google. hahaw!