10 tahun sudah berlalu.

Selepas pembukaan Litar Antarabangsa Sepang dan Istana Budaya pada tahun 1999, gua selalu teringin nak lepak dan turun sana. Semua orang pun tahu, berapa sikit punya berat dia punya tiket pintu masuk. Dia tak macam lu tengok race malam minggu kat KL atau tengok kutu-kutu basking tepi divider longkang. Pot macam SIC atau IB diorang kena jaga status sebab taraf dunia. Dunia apa itu gua kurang pasti. Gua pulak jenis kutu yang bukanlah dari golongan yang ada-ada. Kalau ada sumber kewangan, hasilnya gua ngam-ngam guna untuk keperluan asas gua untuk hidup. Jarang-jarang la gua ada lebih untuk tabungan atau untuk masuk akaun ASB sebab gua ASB pun tadak. Macamana nak masuk duit, ye tak? Takkan nak bayar dengan... Ah!!! Buat letih aje gua story panjang-panjang.

Tapi orang kata kalau ada rezeki tak ke mana. Tunggu punya tunggu, sabar punya sabar, harap punya harap... dah nak masuk 10 tahun baru dapat gua jejak tapak kaki gua kat sana.

Dua-dua gua pegi dengan ehsan kawan-kawan tanpa mengeluarkan satu nota pun ringgit Malaysia.

Apa yang gua belajar lepas pegi sana?

Ulasan