masihkah ada sinar harapan itu...

Yang terbakar di corong audio speaker komputer gua sekarang adalah Keliru (Ramli Sarip), Dajal (BPR), Pembakar Perasaan (Search) dan all-time faveret Hati Syaitan (SYJ) dalam keadaan 'loop' yang diiringi oleh lagu-lagu rock kental yang lainnya. Jari-jemari sedang gagah dan rakus mengetuk-ngetuk keras punat mata keyboard. Kepala gua dalam ribu-ribuan tempat dalam satu masa. Kedua-dua bola mata gua tepat ke jantung skrin komputer yangt merah menyala. Gandingan pinggul, paha, betis dan tapak kaki gua rasa nak lari pecut 100 meter dengan Ben Johnson versi steroid. Batang tulang belakang gua makin meradang merobek kulit. Barisan gigi geraham gua terkacip rapi dan rapat meruncing gusi.

Bukan sebab gua dah jarang-jarang menang Winning Eleven dengan Bob atau gua selalu sengkek bila time nak masuk separuh bulan akibat kegawatan. Bukan jugak sebab gua tak puas hati banyak benda kena 'ban' kat Malaysia ni. Jauh sekali kempunan nak makan nasi briyani bawah opis hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat.

Gua hanya mahu pandai kira-kira dan bijak ilmu hisab.

Ulasan

gayour berkata…
menjawap persoalan lu.
sila dengar berulang2 lagu 'dari SINAR mata' - BPR sambil baca sokaba SINAR harian. mungkin masih ada SINAR akan memancar. atau dengar saja lagu 'demi matahari' - snada. ada peringatan, ada sumpah dan ada ayat "... dan SINARnya di pagi hari...".

matahari akan trus berSINAR mengikut garis edar dan masanya(selagi blum kiamat ), tapi kita tak tahu adakah akan melihat SINARan matahari di esok hari.

jangan mengeluh, jangan kecewa, jangan komplin... semuanya ketentuanNya. bersabar la.

sekian
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...kacip jugak tazkirah merangkap puisi lu ni. Ada harapan ni, serius?