Hidup dan nasib roler koster

Awal bulan ini sahaja sudah ada siri-siri kenduri kahwin di kampung. Sekarang orang kahwin tak ikut musim macam dulu masa gua sekolah-sekolah. Kena tunggu cuti semester, baru orang kecoh-kecoh dan berebut-rebut nak bikin kenduri menandakan musim orang kahwin sudah pun bermula. Memang havoc kadang-kadang sampaikan tak cukup kakitangan nak pegi. Bagus jugalah pada masa ini, tidak lagi bagitu. Boleh lah delegate masa bila tiba time cuti. Takdelah terkejar sana dan terkejar sini.

Giliran kali ini adalah sedara belah mak gua. Pengantin adalah baya adik bawah gua. Sedara-sedara ramai juga yang datang tolong-tolong. Gua dah datang sejak malam Sabtu sebab wakilkan mak dengan bapak gua. Disebabkan kampung gua adalah rata-ratanya dari kalangan orang Jawa, upacara menolong tuan rumah dan gotong-royong sebelum dan semasa majlis berlangsung dipanggil ‘sinoman’. Yang datang nak tengok pengantin, nak mencekik dan tak tolong tu kita panggil ‘kondangan’. Maka disebabkan gua dah dikira sedara dekat dan anak sulong kepada keluarga gua, otomatis tanggungjawab gua untuk pegi sinoman dan tunjuk muka dan kacau apa yang patut.


Wah. Cepat benar masa berlalu ye, kawan-kawan. Malam itu baru gua perasan, sedara gua dah bertambah-tambah. Yang dah kahwin dulu, dah beranak-pinak. Ada pula pakcik-makcik gua, yang dah bersilih ganti dapat menantu-menantu, cucu-cucu. Moodnya macam raya Cuma time raya taklah semeriah ni sebab kitorang selalunya jarang dapat kumpul serentak. Sampaikan anak si Kamal, anak si Nora, anak si Ida, anak si Ju, anak si anu dan anak si polan pun gua tak berapa nak cam. Masing-masing dah berubah. Kalau tak dah besar, mesti dah bertambah jua kuantiti dan bilangannya. Gua pulak jenis yang curious. Tanya begitu dan begini. Last-last terkena batang hidung sendiri. Itu dah jadi perkara biasa dan siang-siang lagi gua dah readykan jawapan-jawapan yang berlainan agar tak nampak sangat gua terperangkap dengan keadaan ataupun auta lebih. Seronok keluarga besar, tambah lagi keluarga besar orang-orang Melayu-Jawa ni. Jenaka dan lawaknya semua fresh-fresh, ada aje idea dan ilham ak buat lucu. Tak macam Raja Lawak. Benda tak lawak digelakkan orang bukan sebab lawak. Ceh!


Bila siang time masa hari nak langsung, lagi ramai korum bertambah. Macam-macam rupa. Macam-macam cerita. Ada pasukan rebana dan gendang. Kompang sudahlah tentu. Pasukan rebana dengan gendang tu untuk show. Kalau ada masa-masa tertentu tu, siap ada karaoke. Dapat yang muda-muda Djnya, sedap juga halwa telingan melayan dan dibuai oleh lagu-lagu rock cinta dekad 80an. Dapat yang stok-stok DJ veteran ni, tahan la lu pop yeh-yeh.


Dah kumpul-kumpul ramai macam ni, sudah tentulah seronok. Rasa macam konsert.


Lebih-lebih lagi nanti bila kena kat konsert gua pulak. Apa cerita berangan nak kahwin??

Ulasan