Gua jadi racun.

Sebenarnya hari ini gua fikirkan ada lebih dari satu perkara untuk ditulis. Tetapi memandangkan nanti di baris akhir entri kali nampak semuanya akan kekal sama sahaja tanpa ada apa-apa perubahan dari segi pergeakaran orbit bumi dan matahari serta sudut-sudut kosmologi bintang, maka adalah lebih gua berterus terang sahajalah. Kerana berterus-terang itu tidak perlu lagi berselindung dengan kepura-puraan dan rasa bersalah dengan sesiapa melainkan kalau kita ada benda hendak dibohongi.

Kalau gua menulis dari sudut yang selamat dan tidak langsung sanggup untuk berhadapan dengan apa jua jenis kemungkinan beserta segala kebarangkalian yang bakal gua hadapi di atas keberanian gua tadi, apalah ertinya pengorbanan.

Tidak mahu belajar dari orang lain dan masa dulu?

Tidak mahu memandang kehadapan dan bercongak-congak untuk merancang?

Tidak mahu bercakap, mendengar dan memberi apa yang sepatutnya diberi dan bukan menerima apa yang sepatutnya tidak harus diterima?

Dulu ada sorang tu, pernah pesan kat gua. Tapi gua macam dengar tak dengar. Acuh tak acuh. Yang sorang lagi pun, bagi pesan yang lebih kurang sama. Ada lah gua dengar sikit walaupun tak sepenuhnya. Datang lagi sorang, pun sama. Kali ni gua duduk betul-betul. Dengar sampai abis. Tapi tak tau berapa banyak yang masuk dalam kepala otak.

Akhirnya, datang semua orang tu. Cakap serentak. Dengan pesan yang sama. Dengan pesan yang dulu.

Tapi gua menjawab: "Laaa... apa pasal tak cakap awal-awal???"


Sekarang gua terbaring dalam ICU. Masih lagi sakit. Tak kebah-kebah. tak pulih-pulih. Tak baik-baik. Tak nak makan ubat. Tak nak ikut pantang.

Ulasan

DancingQueen berkata…
what happened???
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

ekonomi meleset.