Siri Cinta Kenangan Silam: Countdown 5 Tahun Manifestasi Mimpi

1.

JEJAK BERTAPAK. NOVEMBER 2008 : Buat sekarang ni, gua nak bertapa barang seberapa apa barang yang mungkin. Dah sampai masa gua sambung belajar balik. Dulu masa kat ITM, banyak sangat repeat paper berunsur numeric sehinggakan terbiar sahaja ijazah itu tidak bertuntut. Gasak la krisis ekonomi ke, konflik timur tengah ke, berebut kerusi ke, rentap depan parlimen ke, sibuk berparti sakan sampai gerbang istana ke... janji semua orang masih ada hak dan suara nak menegakkan something. Betul atau salah, bukan kita punya judgement. Itu hak autonomy masing-masing. Ada agama, ada bangsa - korang boleh pikir sendiri. Gua lucky ada tempat nak sambung kesarjanaan gua. Yuran pula dibiayai sepenuhnya oleh majikan dan keluarga. Bila dah dapat keputusan nanti, gua akan bayar balik harga budi korang dengan nilai yang setimpal. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.

Rezeki Tuhan cukup untuk kita semua sama-sama makan. Tak percaya, pergi semak balik buku korang.

Rakan sekelas: Yang kiri sekali tu, ketua darjah. Yang pakai topi ketua stayback. Yang berjanggut tu, ketua torrent. Yang takde dalam gambar, ketua honeymoon. Masa ni baru fresh lagi merempuh alam rumahtangga. Yang lagi satu pun takde dalam gambar, dia ketua komplen makan. Bukan salah gua makcik tu tak buat karipap!

Ulasan