Malam Jahanam Dunhill Double !


Satu masa dahulu iaitu pada penghujung 80an dan awal 90an, DUNHILL DOUBLE merupakan sebuah slot yang menyiarkan filem-filem blockbuster Hollywood yang disiarkan di RTM2 pada setiap Khamis dan Jumaat jam 10.00 malam. Filem-filem yang yang disajikan biasanya akan ada sekuel sambung-menyambung macam SUPERMAN 1 dengan SUPERMAN 2, JAWS 1 dengan JAWS 2, STAR WARS 4 dengan STAR WARS 5 dan entah bermacam title lagi. Gua tak berapa ingat sama ada terdapat ALI SETAN 1 dengan ALI SETAN 2 atau tidak dalam line-up sebab bagi gua ALI SETAN adalah filem blockbuster juga pada itu time. Ianya sudah tentulah ditaja oleh Dunhill sebab namanya pun Dunhill Double, bukannya kicap soya Tamin Triple mahukan keropok Kam-Kam Kuadraple (baca: Lawak takde kelas).

Slot ini terpaksa dihentikan di mana terdapat kontroversi tentang iklan atau jenama rokok kononnya untuk tujuan lain, walhal gua tidak pernah pun melihat iklan orang isap rokok Dunhill masa time iklan slot Dunhill Double itu. Lepas tu kalau tak lari perkiraan gua, diganti pula dengan slot PERILLY’S ACTION MOVIES. Gua tak banyak follow sebab cerita banyak ulang-ulang dan ada keganasan yang dibuat-buat. Bak kata Zack pada Azura: ‘Saya benci keganasan’. Apa kes hero filem liat nak mati? Tembak dekat pun tak mampus jugak si Van Damme dengan Steven Seagal tu.

Masa tu, gua tidak handal lagi pergi menonton wayang sebab TGV dan GSC tidak wujud lagi. Tambahan pula, gua masih di bangku sekolah dan banyak dedikasi gua banyak tertumpu pada bidang akademik dan lapangan bolasepak semi-profesional di sekolah. Yang ada pun hanya pawagam-pawagam sekolah lama (old school) seperti Rex, Odeon, Coliseum dan macam-macam lagi. Yang terdekat, tak silap gua adalah Smile Miniplex kat Subang Parade. Itupun sekarang dah tutup. Yang masih wujud sekarang dari kalangan pawagam-pawagam klasik ini pun banyak menayangkan filem-filem Tamil atau Hindustan. Ada lagi satu lagi dekat SS 15, namanya Pawagam P.Ramlee. Pun dah ranap sekarang sebab tapaknya dah jadi tempat makan Cina yakni Asia Cafe.

Semalam, gua dan sahabat-sahabat kutu wayang mengadakan sessi Dunhill Double. Ianya macam biasa akan diusulkan oleh malaun bernama Nik Nadzru Iskandar. Dia spesis kutu malaun yang suka suap idea-idea yang orang-orang pakai tali leher atau orang yang ada kerja punch card takkan tunduk punya. Nik dah banyak berubah semenjak keje dengan Dato’ Patrick. Eksyen dia lain macam.

Ayuh. Mahukah kita tonton wayang secara marathon back-to-back? Mula-mula kita tonton JUTAWAN SLUMDOG. Lepas tu kita tengok BENJAMIN BUTANG. Haha. ”, ujarnya sambil membeliak-beliakkan matanya sambil memetik-metik jari.

Kami yang terdiri dari kutu Nik, kutu Arip(sedara Nik), kutu Koi dan gua sendiri selaku ahli kutu tetap setuju sahaja tanpa banyak songeh. Kami tidak memperdulikan malam itu malam Jumaat ke, malam kerja ke, kala malam bulan mengambang ke, kerana kami masing-masing sedang mengenjoy ufuk pembujangan kami. Lainlah kalau kami sudah diijabkabul dengan wanita pilihan hati masing-masing. Sudah pasti disunatkan bercucuk-tanam.

Maka, kami kutu berempat pun menonton wayang dari jam 9.50pm hinggalah ke jam 3.30am

Kami gagahi jua demi menghormati Dunhill Double walaupun bola mata dah nak tersembul keluar, kepala dah high, pendarahan dalaman dan nak buktikan kami adalah orang-orang paling 'in' sekali bila time premiere wayang. Boleh lagak dengan orang time lepak nanti. Walhal, boleh aje singgah kedai Panjang beli DVD lanun anytime atau torrent suruh adik Nik torrent kan. Angkuh betul kenyataannya.

Kalau dicongak kira, ia merupakan satu pengalaman menonton wayang yang sangat bersejarah dan berdarah jua dalam rentetan riwayat kami berempat. Pendekatan dan ramuan pengarahan filem Danny Boyle dan David Fincher yang serba segar ini bukan sahaja gua sokong sebagai saingan terbesar Anugerah Akademi Oscar bulan hadapan, malah jiwa mereka nampaknya lebih kuat bikin filem drama-drama gitu. Mencabar betul nak hadam filem macam ni kalau dah syok sangat. Filem yang ditonton itu adalah filem yang bermutu tinggi setanding gaya, mutu dan keunggulan filem-filem Dunhill Double. Bertepatan dengan tema kami bersempena sessi Pesta malam filem Dunhill Double.

Tetapi pengalaman pahit dan hitam yang kami lalui diantara satu wayang ke satu wayang yang lain sungguh aib, durjana, hilang maruah, ISA, Yahudi-mabuk-pun-tak-buat,
macam setan, bangkai dan bingai sekali. Tak payah lah gua cerita panjang kat sini kerana hanya mendatangkan luka lama dan adalah hina sekali serta terlalu peribadi sifatnya. Malu aku, *&^% ! MALUU!!!

Lipas pun tak bingai macam ni.

Ulasan

DancingQueen berkata…
pliss la..nak tau cite yg last passage tuh...;p
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

boleh. ask me for a date then... huahaha! licik tak gua?