BRAVURA !


PERUTUSAN RASMI SEMPENA 5 TAHUN MANIFESTASI MIMPI
28 FEBRUARI 2004 - 28 FEBRUARI 2009


Tahun itu adalah 2004.

Bagi gua itu tahun adalah tahun yang sungguh experimental dan punk rock sungguh biarpun gua tak berapa nak layan lagu punk. Gua tak tentu hala. Gua takde kerja tetap. 2-3 minggu tukar kerja. 2-3 minggu tukar kerja. Kejap keje susun cek kat bank, kejap keje kelendan lori kargo top-up prepaid, keja keje jadi ma-chai dengan KRU, kejap keje promoter kat Port Dickson tapi banyak kejap takde keje langsung. Keluarga memandang enteng perjalanan karier gua itu time. Mungkin ujikajinya tidak berapa ngam dengan formula gua. Girlfriend gua pun lari sebab gua tak berapa komited nak serius dalam urusan kerja, yakni tiada masa depan dan tiada langkah-langkah nak keje pejabat . Kawan-kawan pun lebih menggalakkan gua huha-huha dari merencana wawasan. Soru selalu miss. Hutang-piutang tak payah cakap le. Pagi gua jarang-jarang lihat matahari terbit. Sebabnya malam sebelumnya dah lepak sakan gilebabs konon-kononnya takut dunia nak kiamat esok ataupun EPL akan dibubarkan sebab takde sponsor sebab semua game bookie dah susun. Kalau tak menurun kat mapley James ss19, mesti mapley James ss19 jugak. Hanya occasion-occassion istimewa sahaja kami akan melepakkan diri ke Uptown atau rumah baru Bob. Itu pun sebab nak lepaskan gian main Winning Eleven. Kesian Bob. Sampai rosak jahanam PS2 tu dia kitorang kerjakan.

Gua boleh diikhtiraf TOTAL KUTU. Entah hapa dalam kepala otak gua tahun tu, gua sendiri pun sukar nak shortlist-kan satu-satu. Ibarat semak disemai belukar, maka rimba belantara jualah hasilnya. Mungkin itu keadaan otak kiri dan kanan gua. Serabut.

Oleh kerna itu. Nak dijadikan cerita...

Dengan Kuasa AzzaWajalla, Satu keterujaan baru telah terbit dari dalam sanubari dan naluri gua. Dengan terpananya minat gua yang mendalam dalam penulisan sejak gua kenal pena kilometrico dan kertas kajang, suatu kejadian magis telah terjadi. Terutamanya penulisan yang bersifat jurnalistik/kembara. Maka blog gua telah wujud pada tanggal 28hb Februari dengan nama sulungnya SANDMANREBORN.BLOGSPOT (biarpun namanya nampak poser sikit tapi beredar masa, ia bertukar jua adanya ke FAIZALMUKHTAR.BLOGSPOT, gua follow taktik penjenamaan David Beckham). Kenapa gua pilih tarikh 28hb Februari untuk mula terbitkan blog ni, jawapannya esok gua reveal. Sebab tarikh esok pun, tarikh keramat.

Gua paling harus berikan kredit pada saudara Yong, Koi, Pipiyapong serta Jorn Barger yang telah menginspirasikan gua dalam arena pem-blogging-an dari dulu hingga setakat ini. Takrif gua , mereka mangkin influential blogger. Terima kasih buat kalian. Aktiviti gua yang tak tentu arah tadi tetap gua teruskan tapi blog telah banyak meyumbang kepada banyak kegiatan positif dan sihat (bunyiknya macam budak keluar Serenti nak insaf). Gua menulis kejadian-kejadian harian gua. Ada kala bila ada mood atau tengah naik syahwat, gua tulis betul-betul punya skill. Pablo Neruda dengan Albert Camus pun tak skill macam gua bila gua tengah stim menulis. Ada masa pulak bila gua off atau terlebih takde mood, gua copy-paste aje blog Neil Gaiman, penulis obsesi gua itu suatu masa dulu. Tidak bermaruah langsung.

Masa bergerak sekencang bencana tsunami tanggal Disember 2004. Gua terus-terusan menulis. Walaupun gua masih hijau dan sayuran lagi tapi itu bukan halangan. Pelbagai jua topik yang gua cover. Terutamanya peribadi, komik dan filem. Kadang-kadang bila ada peluang, gua kutuk dan hentam orang. Maklum sahajalah, darahnya warna pekat muda. Hati pun tengah membara. Dengan bara itulah gua mendapat kerja tetap pertama gua dengan sebuah kompeni majalah paling besar kat negara ni. Kalau gua tak cakap pun, gua agak korang mesti dah tau punya apa nama kompeni tu. Yang bestnya tu pulak, gua interview bukannya bawak sijil ke, portfolio kaler-kaler ke atau apa-apa anugerah kerajaan pun. Gua toya aje cakap pengalaman penulisan gua banyak dengan blogging. Walhal gua rasa blog gua bukannya solid sangat. Tapi dah rezeki, ye tak? Gua dapat jugak job sebagai Kadet Wartawan Muda kelas-2. YES! Gua dah ada akaun Socso dan EPF. Sikit punya besar jadi warganegara gua rasa. Kerja pula di Jabatan Komik. Mana ada lagi dalam sejarah urus tadbir syarikat atau pengelolaan pentadbiran dan pengkorparatan yang ada Jabatan Komik kat Malaysia masa tu?? Heck, sekarang pun mana ada lagi?!

Gua kerja dengan gigih, kuat, tekun dan main-main jugak bila boss tak nampak. Masa tu gua ditakdirkan kerja dengan batch-batch awal Jabatan Komik. Ada karakter nama Gayour, Padi, KobisBungo, A'an, Bella, Aie, Amang, Niezam, Apai, Roy dan lain-lain lagi sehinggalah membesar dan beranak-pinak Jabatan Komik sampailah ke pembubaran Jabatan Komik tu sebab komik tak laku. Komik gua ajelah tak laku. Komik orang lain ada lagi sampai hari ni. Mungkin konsep komik gua terlalu mendahului zaman yang mana orang sini masih tak boleh nak register isinya. Gua budget komik gua akan mencapai status cult kalau dijual di Eropah dan Amerika Utara. Apa-apapun yang berlaku pasca 2004 dipejabat Jabatan Komik kompeni itu, semuanya telah terakam dalam blog gua kerana gua tidak pernah menyisihkan blog gua dalam hidup gua. OKlah, gua tipu. Takdelah semua. Hampir semua. Gua sayang blog gua. Sehari tidak ber-blog, rindulah gua pada papan kunci dan layar skrin. Gua tak berapa ambik pot orang baca ke tak blog gua atau berapa banyak hit visitor pada counter atau income nuffnang gua mencapai ribuan ringgit Malaysia atau tidak. Gua sama sekali tidak berazam menjadi Sultan Muzaffar ataupun Chedet. Gua hanya berhajat menulis dan terus menulis asalkan dendam, niat, rindu, sayang dan mesej gua sampai serta tercapai.

Dari M.Nasir ke Fara Fauzana, dari komik Marvel ke KOMIKOO , dari filem Hollywood ke layar Maskara Short Filem, dari Sabah ke Bukit Kayu Hitam, skandal awek dan kekasih gelap gua, cerita tipu, cerita betul, cerita selindung-selindung, cerita terang-benderang, makan free, belanja makan, makan angin, makan lampu, aksi poser, spoiler, trailer, falsafah, psikologi, Hari Raya ke Hari Jadi... pendek kata semua gua pulun.

Gua tulis banyak guna gerak hati gila gua. Gua tulis jenis berontak. Gua tulis macam ni bila kalau ada orang baca nanti, dia tak rasa masa dia membazir dan kosong. Sebab dalam dunia ada lagi berbillion lagi blog. Lantaklah blog tu aktif ke tak tapi otomatik ada unsur creative competitiveness di situ. Gua mesti ada satu staple atau cop rasmi milik gua disitu. Ada blog jenis peribadi-emo-tak-tentu-pasal, ada blog korporat suka perdaya duit orang, ada blog media seronok brainwash masyarakat, ada blog propaganda dan politik syok kumpul pengaruh, ada blog setan kepunyaan Yahudi mabuk dan macam-macam lagik. Gua akan pastikan survival blog ini dengan jadi diri gua dan bukan terikut rentak blog setan atau Yahudi mabuk.


Jadi dengan segala maghfirah dan kurnia qaramah serta ketentuan , hari ini genaplah 5 TAHUN MANIFESTASI MIMPI terwujud di alam maya. Pertama, percaya. Dua, tak putus asa. Tiga, terus terima. Empat, tak berubah-ubah. Kelima, rela berserah. Enam, pentingkan yang sedia. Tujuh, yang terpaling istimewa.

See you in the next 5 years and more and more times to cometh.


P/S: Dan usah lagi lagi ditanya, kenapa MANIFESTASI MIMPI. Ha. ha.

Ulasan

DancingQueen berkata…
gua tau knape esok hari istimewa kat lu.... ;)
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

Auuww.. merepek aje la awak ni.. auuwwmm! mana ade??? ;p
gayour berkata…
CRAP!
tapi TAHNIAH kerana lu begitu besungguh mencari, menyelidik dan menulis cerita pasal rob liefeld selama LIMA TAHUN!

har fragin har!

happy fragin anniversari boy scout! sepatutnye gua ucap happy anniversari untuk ulangtahun perkawenan lu yang kelima, tapi pada blogpun tak kisah la kan. heh! moga berjaya dalam apa yang ( baik ) lu lakukan.

ah! ah! underware!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

sama-sama.

...sekali lagi dan bukan kesekian kalinya, gua kan terusan menyambut cabaran listrikmu itu!
azyze gomez berkata…
woh.
Seram sebab di di saat membaca posting ini gegendang telinga tengah lazat mendengar Sifu pesan jangan sampai tercekik paku seluruh alam.

Semoga kamu sudah jumpa bintang ke surga kamu. Selamat tua! :)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

...kalau ada bendanya mesti ada namanya. kalau ada isinya mestilah ada bekasnya.

blog ni dah macam 'anak' dah gua besarkan.