Apa kes ? (Masih belum beli lagi tiket ke konserto itu)

Gua sudah bertahun cuba untuk menerapkan kehidupan ala 'Beatnik' di kalangan rakan-rakan seperjuangan gua. Maklum sajalah, menjadi orang-orang yang kerjanya banyak berpandukan gerak emosi dan laras perasaan mencabar akal sikit nak survive kat sini. Gua mana reti nak ikat tali leher. Nak kilat kasut pun gua khilaf. Dulu kat sekolah masa jadi pustakawan, tali leher ada belit getah.

Nak tulis lain sikit, nanti orang tak baca.

Nak lukis lain sikit, nanti orang tak beli.

Nak adjust sini sikit, nak modify sana sikit... nanti orang menyampah pula takut-takut dikatakan syok sendiri. Bukannya anti-establishment atau takut, cuma nak elak orang di takuk kepompong steretype lama-lama. Ya, gayahidup dan wang penting di zaman pasca-milineum abad ke 21 ini. Takkanlah nak mengharap suntikan modal dan pakej rangsangan aje. Bukan tiap-tiap tahun gawat. Sapa dah tengok 'Sifu dan Tongga', angkat tangan?

Masing-masing la. Ada yang suka kiri. Ada yang suka kanan. Depan belakang. Atas bawah. Tidak juga gua menggalakkan keterbatasan anti-material dan golongan underachievers sebab banyak sangat bergantungan pada alasan-alasan anjuran gerakan subversif dan propaganda ciptaan sendiri. Tak salah lu nak radikal tapi jangan la ekstrim. Islam pun tak suka ekstrimism.

Gua pun peringat diri gua jugak sebab baru tadi gua lupa baca doa masa makan nasik goreng daging merah. Banyak gangguan (alasan lagi?) .

Ada sebab kita pilih apa yang kita pilih. Lu senang cakap. Gua senang dengar. Gua susah cakap. Lu susah dengar. Apa yang lu rasa dengan apa yang gua rasa, tak semua orang rasa. Jadi macamana?

Ada 'berani berontak' untuk kebaikan anak-anak cucu-cucu lu?

Ulasan