48 jam yang membingungkan.

Gua rasa dua-tiga menjak ni, banyak sangat bendasing-bendasing yang main ledak dalam tengkorak gua.

Apa yang berlaku. Itu dia enigma yang melanda kotak medula oblongata dan sirkit serebrum dan sereblum gua. Antara kelmarin-semalam-hari ini, nampaknya terlalu banyak persoalan. Migrain ini tidak membantu apa-apa, sedangkan sakit belakang dan lemah anggota hanya memeritkan badan. Selera makan gua bersepai disisi pinggan, nasik rasa macam pasir keras. Satu kotak besar Peel Fresh gua teguk. Harapanya masih sama. Tapi harapan tinggal harapan bila Jumaat berlalu dengan cerita yang masam-masam kelat. Shit. Perasaan tak sedap. Gua di tekan dari angle-angle sukar. Sukar atau tidak, gua redah. Orang susah dari gua makin banyak. Gua kira untung nasib baik boleh main-main lagi. Apa lagi yang tak kena? Apa lagi yang tak kena?

Gua cuba tengok wayang. Gua cuba ke beli bahan untuk minda. Gua cuba makan yang ada kelas sikit. Masih rasa tak ngam. Balik-balik, gua dihadiahkan dengan sepam air mata dan dan sepukul amarah. Winning Eleven pun tak banyak membantu. Kalah-Menang gua dah tak pedulik. Nak pejamkan mata, hati gua macam berbelah bahagi. Ah! Macam handal sangat ilmu hisab. Alasan yang sama jugak orang akan nampak. Gua lelap la jugak. Bila gua bangun, gua rasa makin tak ngam. Bung-bang-bung-bang! Kena lagi. Susah betul nak elak. Tak ngam. Tak ngam. Gua redah lagi jugak. Entah apa pasal, betul jugak kata orang tu, 'Lu slacker, Mat'. Makin lama makin menjadi. Terasa dunia berpusing tak ikut aturan. Paksi tunggang-langgang, tak dengar cakap. Salah sapa? Sendiri mau ingat. Entah-entah matahari dah terbit barat dua-tiga kali pun, gua tak perasan. Mintak-mintak jangan. Gua nak ready. Tak cukup lagi, bai. Usaha gua tak sampai pun lagi half way. Jangan kata half way, suku way pun bukan. Sesuka hati aje gua di eject dan di nyah begitu sahaja. Ini hidup dan mati. Apa ingat gua main-main ke? Gua gurau bukan bermaksud gua tak sungguh-sungguh. Gua buat lawak bukan bererti gua tak seriyus. Lu ingat tak sedih atau frust ke bila buat lawak tak jadi atau lu serius orang gelakkan? Itu lagi sadis. Tak caya, boleh tanya sapa-sapa yang pernah tersingkir masuk Raja Lawak musim apa sekalipun

Chelsea nombor tiga, Malaysia dan takde coach, cover suratkhabar Melayu main cerita hantu. Erdogan nak suara. Takde sapa dengar. Blah la! Apa lagi?! Cakap dengan lahabau, bukannya nak paham pun. Disaster Mitigation? Jadilah lu orang macam Italian yang sanggup pegang jubo Beckham untuk luck. Punah! Nak menang, kena la tau target. Jangan la main buntut orang. Tak manis mengikut adat ketimuran.

Ini bukan olok-olok. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul. Gua punya demam, gua punya sakit, gua punya, punya riuk, punya birat... memang dalam. Darah semua kaler ada. Kaler haram aje takde.

Jadi, ape bendasing dalam tengkorak yang ledak dia gamat yang amat tu?

Entah.

Yang gua tau satu aje. Dia ada satu nama yang buruk nak mampos.

Ulasan

DANG LINA berkata…
erk...ermm... tgh piker sama ada nak merapu di sini juga ataupun tidak?????
faizalmukhtar berkata…
[lina]

jangan.