OFFICIAL BLOG FAIZALMUKHTAR :

OFFICIAL BLOG FAIZALMUKHTAR : UNEDITED | UNABRIDGED | UNCENSORED | UNPLUGGED
" Satu-satunya tempat di muka bumi ini yang mana aku dapat tulis keperibadian dengan jelas tanpa ada rasa hipokrit dan prejudis
"

Rabu, Januari 14, 2009

WORLD EXCLUSIVE FIRST-LOOK : " AKU DAN SESUATU " The Motion Picture PREMIERE ANNOUNCEMENT.



Semuanya bermula satu masa dahulu tatkala persada komik dan gelanggang kartun nasional berada di tahap yang amat warna-warni. Meriah dan terasa gegak dan gempitanya.


Pada masa itu jua, gua sedang sangat giat berilmu dengan banyak guru-guru, tidak kiralah yang ada di depan bola mata ataupun yang dari kejauhan - tidak pernah pun bersua muka. Gua yakin ilmu dan pendidikan tentang hidup itu bukan hanya sekadar buku teks sekolah, kerja rumah, ko-kurikulum dan di denda cikgu displin sebab patahkan batang paip makmal, sauk ikan kolam projek sains dan mencilok penunu bunsen bawak pegi camping atau pinjam buku library tak pulang-pulang.


Ilmu tetap gua pegang sebagai wibawa hidup dan isinya adalah pengalaman-pengalaman yang wujud diantaranya. Dan antara pengalaman itu adalah apabila gua dapat tatapi, baca dan hadam halus-halus karya-karya seniman seperti Ibrahim Anon, Hanafiah Ibrahim, Mazli Ibrahim (dua Ibrahim ini tiada pertalian), Rahim Muda, Razak Sofhi, Reggie Lee, Azman Yusoff, Nordin Yusoff (pun tiada pertalian), Nik Wafdi, Saadon Ishak, Zainal Buang, Zulkiflee Anwar, Zaharudin Sarbini, Jaafar Taib, Dato’ Noor Khalid dan lain-lain lagi sebagai antara beberapa barisan kartunis dan komik artis lain yang gua angkat sebagai karyawan yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Ini sedikit nama-nama yang gua follow masa zaman gua menuntut dulu.



Namun untuk ini hari, ceritanya hanya pada satu nama. Satu nama yang start letup pada permulaan era 90an sampailah ke hari ini dengan bermacam bagai hasil karya serta sumbangan pada industri komik dan kartun Malaysia. Yang punya peminat, pengikut dan pengaruh serata tanahair, tua dan muda, hensem dan buruk, yang sudah akil baligh atau baru selesai mummayiz. Lukisannya boleh dilihat dimerata tempat. Mural dinding, poster, album lagu, sticker kereta, iklan, dan macam-macam lagi. Maka sudah tentulah nama itu tidak lain dan tidak bukan adalah SHAARI SULONG atau lebih solid lagi dengan dengan nama penanya AIE.


Karya-karya Aie start dari gua kenal dari kartun Koma masa Jenakarama sampailah macam title Abe (bersama Ujang), Pak Andak, Aku Hidup dalam Blues (bersama Toyon), Bleed-Off (dengan Karangkraf), Psychool, Loveville (dengan ArtSquare) dan lain-lain lagi judul yang mungkin sudah gua lupa. Sebagai tambahan, berapa kerat jugak yang tau dia ni ada buat voice over sebagai Singh dan Arba si Katak Puru dalam pelopor animasi bersiri Usop Sontorian. Dia juga pernah berlakon dalam siri TV suatu masa dulu. Sapa yang fanatik, wajib tau cerita apakah itu.


Dan of course juga, siapalah yang tidak tahu akan AKU DAN SESUATU.






Naskah keluaran asal AKU DAN SESUATU oleh Ole-ole / Unlimted Productions / Aie Productions dalam versi komik single bersiri.

Naskah keluaran kompilasi AKU DAN SESUATU oleh Al-Ameen dalam versi novel grafik. 4 jilid semuanya. Siri dalam novel grafik ini adalah (1.) Permulaan Sebuah Akhiran; (2.) Dia Yang Dulu; (3.) Cerita Dari Dalam; (4.) Saat Jiwa Bicara dan (5.) Dia Kembali.



Ilmu yang gua pinjam dari dia memang bukan sembarangan. Dari zaman sekolah-sekolah yang mana gua hanya cedok dan tuntut dari kejauhan sampailah membawa rezeki bersua muka dan bekerja bersama sambil bertukar-tukar buah fikiran, masih ada yang belum terisi. Ruangnya masih ada untuk kita sama-sama penuhi. Dan gua confirm jugak, yang bukan hanya gua sorang merasai dan menikmati hidangan-hidangan zahir dan batin dari saudara Aie. Ramai juga yang meminati, mengidola malah menyerap semangat yang ada pada jiwa Aie. SESUATU yang barangkali sukar untuk dimengertikan AKU sendiri. Kerana pemberian itu terletak pada keikhlasan penerima juga. Masing-masing dengan penghargaan masing-masing. Gua cukup percaya, di luar sana, ramai lagi yang punya kata-kata tribute yang lebih legenda dari gua.



Dia dah tahap warisan negara.


Bagi gua dan kawan-kawan, hanya ini sebagai balasan ilmu lu pada gua...



A K U D A N S E S U A T U

The Motion Picture



P E K I N I b r a h i m . A Y U R a u d a h



Indeworkshop / Warisan 2020 / Zahra / Different Motorworks / Manteraworks.


“ Jika sesiapa yang ingin menceburi bidang komik janganlah menghasilkan karya di mulut saja, sebaliknya tunjukkan melalui kayakinan pada karya anda sendiri. Biarpun orang mengatakan karya anda buruk dan kotor, janji anda berbangga dengan apa yang anda buat. Dalam dunia komik tiada siapa dapat mengajar anda untuk menghasilkan karya yang terbaik, guru yang paling baik adalah karya anda sendiri. Buatlah kerja bersungguh-sungguh, sekiranya mendapat peluang, jangan sia-siakannya ”


- Shaari Sulong.



A K A N D A T A N G
2 0 0 9

Register di Facebook Group sekarang untuk update terkini.

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2009

SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA. DILARANG MEMBUAT SALINAN SEMULA TANPA IZIN

Segala isi kandungan (konsep, idea, ilustrasi, teks, dialog, skrip, terma dan watak ) yang terkandung di dalam skrip ini adalah hak milik persendirian, rakan-rakan kongsi perniagaannya dan/atau pemberi maklumatnya. Adalah tertakluk kepada hak cipta dan lain-lain perlindungan hak milik intelektual oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa. Kandungan ini tidak boleh disalin atau dicetak untuk tujuan dagangan atau pengedaran, malah ia tidak boleh diubahsuai atau dipindah ke dalam bentuk dan struktur yang lain. Apa-apa jenis penggunaan yang lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran, penyiaran, penerbitan semula, pameran atau persembahan segala isi kandungan ini adalah dilarang sama sekali.

6 ulasan:

$uNmeloN berkata...

yup! aku setuju ngan ayat "dia dah tahap warisan negara" memang betoi! karyanya banyak mengajar aku, smoga apa yang bakal dilakukan akan terlaksana sesempurna mungkin! salute....

faizalmukhtar berkata...

[sunmelon]

salute back!

entri sulung lu yang membara ini melayakkan lu mendapatkan complimentary pass filem masa premiere show nanti.

tahniah. boleh kecoh satu opis sekarang. huha!

gayour berkata...

selepas 'mat som' ke layar perak, kini 'aku dan sesuatu' plak. gua teruja, terharu, kembang lobang iduk cam aie, bangga tak memasal dan rasa nak nangis dengan perkhabaran ni.

phew!

gua harap bukan mamat khalid atau afdlin soyksendiri yang jadi tuan direktor! lagi satu, harap diorang tak telibat langsung dalam ini drama!

aku, aie dan sesuatu selamanya...

Gandum® berkata...

Filem bakal mengegarkan panggung panggung 2009

Filem yang bakal menjadi BoxOffice! dalam masa 1 minggu!

Sayang! aku berada di Singapura..!

Mintak buat DVD plisssss !!!

iqbalsaidi84 berkata...

ape agaknye khabar berita cerita "Aku Dan Sesuatu" nih..

aku baru tersedar yg cerita ini hndak di"premier"kan..

sudahkah aku terlepas?.. harapnye tidak..

juge harapan aku agar perubahan medium pencheritaan ini tidak akan mengubahkan kualiti cerita itu sendiri.. kerana pasti akan sgt sayang.. kerna ADS sudah punya pengikut yg sgt tersendiri..

Namun ku doakan agar terus sukses!

Tanpa Nama berkata...

tumpang tnya ~ mcm mana saya nak dapatkan komik aku dan sesuatu?