Masalah paling koman di dunia ini (?)

Semalam dalam tidak berapa jam sebelum lewat malam, gua telah dalam perjalanan pulang ke rumah gua setelah bergelumang dengan kerja dan dunia luar. Gua bukannya balik untuk berehat atau merindukan isteri dan anak-anak di rumah, cuma gua perlu balik untuk mendampingi dan mendapatkan maklumat terkini secara bersemuka dengan orang-orang yang bermastautin di rumah itu yakni ahli keluarga gua sendiri dan bukannya jiran tetangga kerana jiran tetangga prioritinya kadang-kadang sahaja. Dan juga merasa sedapnya mandi malam di rumah. Mandi malam di rumah sendiri lebih sedap sebab air di bilik air selain rumah sendiri iaitu di bilik air opis rasanya lain. Kat rumah enak macam mandi dekat air terjun Niagara. Maka sebab itulah gua perlu balik.

Sebelum balik, gua kena tumpangkan kawan gua balik ke rumahnya juga dengan menghantarkannya ke stesyen tren di Kelana Jaya. Jangan risau, orang itu bukannya awek gua ataupun bakal tunang gua kerana dia hanyalah kawan gua yang dah jadi rutin kena hantar dia balik. Laki-laki pula tu. Boring betul. Kan ke best kalau Jennifer Love Hewitt atau Julia Rais mintak tumpang gua balik. Boleh belanja makan roti John atau char kuew tiaw belakang pasar kat TTDI. Kereta kawan gua tadi actually sudah bertahun mengalami masalah kereputan ataupun karat besi. Dia nak bikin tukun sebelah rumah pangsanya barangkali. Jadi, dia terpaksa tunggu tukun itu menjadi untuk mendapatkan modal pulangan untuk membeli kereta baru agaknya. Nampaknya, sejak kebelakangan ini, takde awek yang nak tumpang kereta gua kerana kereta gua sudah lupus cukai jalannya iaitu road tax sejak lebih setengah tahun lamanya. Mungkin awek-awek ini tidak cukup kamikaze seperti gua. Ah. Lantaklah. Nanti kalau gua dah beli BMW 3 series model paling mutakhir atau Honda City Spec-Sukan terbaru, barulah diorang bersepai dan kucar-kacir untuk menumpang kereta gua yang mahal dan moden itu. Tak jadi masalah. Gua paham sekali ini bukan masalah cukai jalan sebenarnya.

Sedang perjalanan hendak ke stesyen tren, kereta tanpa cukai jalan gua itu memerlukan sedikit habuan minyak petrol tanpa plumbum berwarna hijau dalam seringgit-dua. Gua pun landing ke stesyen minyak dulu. Itupun gua pau duit minyak dari member gua sebab gua memang betul-betul sengkek. Bukan kerana hujung bulan atau sibuk berbelanja untuk sambutan kong hee fat choy tapi gua memang jujurnya sengkek. Sengkek.


Jadi begini. Sebelum gua pulang ke rumah - sebelum gua setuju tumpangkan kawan gua balik - sebelum gua singgah ke stesyen minyak untuk isi minyak tanpa plumbum - sebelum gua terimbau zaman gemilang jennifer love hewitt dan julia rais - sebelum gua sedar yang gua sudah sengkek... gua ada tanya satu soalan kat kawan gua tadi dalam pada rancak-rancak dan ligat berborak.


Soalanya berbunyi begini: " Apakah dia masalah paling terbesar dan paling koman tapi selalu sahaja di hadapi oleh semua manusia di dunia ini dan susah nak di settle ? "

Dia jawab: " Duit "


p/s - Sampai sekarang gua musykil dan sangsi tapi macam setuju dengan jawapan kawan gua tu. Amacam ??!

Ulasan

lobakoren berkata…
eh genius la kwn sedara tu.
nak kenal boleh?

Mst dia dr kalangan y ada2 aje kan?
faizalmukhtar berkata…
[lobak]

ya. lu kalau harta kepuk sikit, lu memang rajin apit.
DancingQueen berkata…
setuju.kerana manusia tak pernah puas...
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

...tapi itu hari saya nampak member saya baru lepas kawin, bukan main puas muka dia datang studio?? ape citer?! manusia jenis apa tu?
DancingQueen berkata…
hahahahahahaha.sengal!!saya ckp pasal duit.tade kena mengena dgn org baru kawen ok!;p
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

oh. ingat nak bincang soal kepuasan tadi. paham. paham. :D
DANG LINA berkata…
FAIZAL...

gwe dah jawabkan...
M.A.N.U.S.I.A.= manusia... sebabnye... manusia lebih kompleks daripada duit.....
dari manusia terciptanya duit,fungsi duit,guna duit,carik duit,pakai duit,buang duit,bazir duit,rasuah duit,tipu duit,curik duit,derma duit,wakaf duit,berkawan sebab duit,bercinta sebab duit,berkawen sebab duit, bercerai sebab duit, berjumpa sebab duit, berpisah sebab duit, bergaduh sebab duit,berperang sebab duit, berdamai sebab duit...
bla..bla..bla...
faizalmukhtar berkata…
[lina]

bla.bla.bla.