Kawan-kawan gua semuanya penagih.

Betul. Gua mengaku gua memang ramai kawan penagih. Macam-macam jenis ketagihan, dari yang hardcore betul sampailah ke yang ringan-ringan sahaja. Tapi kebanyakannya memang stok tegar. Susah nak berenti ketagihan. Kat sini gua senaraikan jenis dan kategori member-member penagih gua. Harap beri tunjuk ajar:

Ketagih cakap.
Manusia tak boleh lari dari bercakap setiap hari sebab dah lumrah. Orang bisu pun bercakap jugak cumanya diorang tak bercakap guna mulut. Tapi macamana dengan member-member gua yang jenis menghoyan bercakap walaupun sampai tak payah nak cakap pun masih nak bercakap. Bukan gua nak menidakkan hak asasi manusia untuk bercakap. Tapi kalau dah bercakap membawak pada unsur-unsur syaitan, tak ke rugi aje sessi berdialog tu. Tambah lagi jenis yang suka cakap menipu untuk secebis solid attention. Siol! Ingat gua tak tau ke lu kencing gua. Malu la sikit.

Ketagih lepak.
Ini ada rentetan dengan ketagihan jenis yang kat atas. Lepak tak salah malahan banyak jenis lepak yang ok dan memberangsangkan. Gua pun satu hari at least mesti ada 2-3 sessi melepak. Cuma gua takdelah mengambil inisiatif untuk menjadikan lepak itu sebagai satu profesion apatah lagi perjalanan karier. Mana ada pelepak profesional yang dibayar gajinya tiap bulan? Jadi paham-paham aje lah bila gua kata gua tak dapat lepak, bukannya gua tak sudi cuma gua dah di booking untuk sessi lepak lain kat tempat lain. Gua pun penat dengan ngantok jugak. Lain la gua dilahirkan sebagai penunggu pokok Muntaha.

Ketagih makan.
Gua mungkin, diulangi MUNGKIN terjatuh dalam kategori ni. Gua memang gemar memakan makanan. Tapi tak confirm sangat sebab gua tak le jenis makan setiap 5 second. Itu bukan orang tu, jin tanah namanya. Tak pun hantu raya. Punya mewah Malaysia ni, mana-mana ada pot nak makan. Boleh memilih pulak tu. Kira mewah la Malaysia ni dengan makanan. Sebab tu gua paling pantang kalau orang komplen-komplen sangat pasal makanan ni. Kalau tak suka, sudah. Kalau tak sedap, carik lain. Kalau tu je yang ada, makan aje la. Bukannya boleh mati pun. Lain la ada racun lipas dalam tu. Puasa ok je. Tak bising pun. Tak puasa tak kira.

Ketagih internet.
Zaman ni, internet dah jadi lebih kurang macam oksigen. Sikit-sikit internet, sikit-sikit facebook, friendster, myspace, blog, wiki, youtube dan banyak lagi la. Termasuk la dengan gua-gua sekali. Agaknya kalau mat salleh tu tak bikin internet boleh spastik jugak bebudak sekarang ni sebab 'anggota' tak cukup. Tak dapat gua membayangkannya... dunia tanpa cyberspace. Kesian Hefner dengan Ozawa tak boleh carik makan.

Ketagih hobi.
Hobi secara definasinya memang seperti kita sedia maklum bermakna 'aktiviti pilihan mengisi masa lapang'. Apa yang gua dok perati sekarang, majoriti orang ramai sampai dah jadi menghampiri kewajipan fardhu ain. Dah ketagihan melampau sampai nangis-nangis, merajuk-merajuk, mengamuk-mengamuk, karate dinding, hempuk kepala kat tangga kalau tak dapat fulfill itu hobi. Pun, sekali lagi kategori macam ni memang ramai yang tergolong dari kalangan kawa-kawan gua. Main game siang malam sampai lebam-lebam mata dengan anak jari, mancing sana-sini sampai mengalahkan pro-golfer PGA Tour, kumpul komik, beli DVD pirate, burn DVD pirate, torrent dengan download bersepah dan hapa lagi tah. Halamak! Sikit punya horror da kategori ni sebab jap lagi mesti member gua kutuk sebab gua pun kena 2X5 jugak! Abis duit gaji kat situ aje. Camne bini tak kantoi sorok mainan jepun tu kat opis? kan? kan?

Ketagih buku.
Stok macam ni kalau dah kronik boleh jadik macam sorang mamat keje kat Borders yang selalu aje gua terserempak. Tak boleh lari dengan dia ni sebab dia punya kaunter jagaan dekat dengan rak komik. Macam Grinch pun ada, Count Dracula pun ada, macam Toyol Bachok pun ada. Tengah syok browsing-browsing dengan selak buku, tup-tup dia ada depan mata! Ntah hapa membebel gua tak tanya apa-apa lagipun. Rasa nak tebas aje misai dia yang macam A.Galak tak jadi tu. Ramai jugak kawan gua stok gini. Semua jenis buku baca. Dari kategori lexicography sampailah ke eshkrefemologi. Semua abis ditelaah dan dihayati sampai ada masa naik menyampah bila sebenarnya beli aje lebih, isinya korek kat internet. Pun sama la jugak dengan gua sekali. Aheheh. Macam kambing. Cuma takleh se-kambing mamat tadi. Serius gerun campur seram. Gua tekad antara azam baru gua taknak terserempak dia lagi. Senggugut!

Ketagih bola.
Bab ni, ramai geng gua dengan member gua suka tunjuk terer. Siap debat-debat lagi team dioranglah yang paling agung, paling kental, paling terer di dunia. Ah, dah nama kaki bola. Jap lagi masa main futsal atau bola kat padang, mula la semua nak tunjuk skill pemain pujaan memasing. Yang sorang tu konon nak buat trick shot Ronaldinho... jap lagi tersembam muka lekat tanah, jadi lawak Bujal aje hujungnya. Tak pernah berubah perangai bebudak Subang ni. Bookie gua tak tau ada ke tak di kalangan rakan-rakan. Rasuah ada. Itu time masa main kat sekolah team gua kalah sebab team kelas lain belanje referee nasik goreng wantan kat kantin. Bangkai! Belanje konon. Selalu jadi masa form 4.

Ketagih tido.
Hoho. Badan dengan metabolisme jenis macam ni jangan buat main. Ada sekali tu, gua pernah tunggu si Khairil@Lobo depan rumah, dia boleh tertido lagi dalam jamban. Walhal, siang tadi dia sehari suntuk tido. Rasa macam nak bom rumah dia pun ada jugak. Yang lagi sorang dua tu, asal ajak TGV atau GSC aje, dengkur. Itu lagi gua rasa nak sumbat bom dalam mulut! Tadi ye-ye membara nak tengok cameo la, apa la. Semua orang pun kena tido bila ngantok campur penat. Tapi kalau dah tabiat macam Zombie kampung batang pisang... apahal?

Ketagih usha awek.
Tak macam dulu, ramai lelaki lebih ketagih ngurat awek dari usha awek. Nampak sangat lelaki pasca milineum ni tak cukup jantan. Sampai ke sudah la jawabnya tu. Malas gua nak bimbing.

Ketagih berangan.
Ya. Gua cakap pasal lu... Pasal lu! Ni final yang penghabisan ni. Lebih baik berenti ketagihan lu sebelum gua hantar lu kat rumah Pengasih.



p/s: cuti sekolah dah abis. jalan tak jem pun? Hairan.

Ulasan