Jangan harap gua nak tunduk sambil berjalan.

Gua sekarang sedang belajar-belajar semula untuk bangun awal pagi. Maklum ajelah, tilam dan bantal gua betul-betul posisi tebing Gaza dengan sempadan Yahudi laknatullah. Gua kena siap sedia dalam apa jua keadaan. Kemas-Siap-Gerak. Kawat-Acu-Tuju. Malam tadi punya hiba dan dukacita dikenakan 3-0 oleh Iblis Merah gua buang dan rejam dan campak jauh-jauh dari cabang memento mori. Gua nak tido pun tak ngam. Pet-pet-pet-pet. Bunyi SMS gua bergema mempersendakan pembaringan gua. Apa kes entah, gua dah silent pun dia memekak lagik. Baik Husaif, baik Syawaluddin, baik Syahiran, baik Amirul, baik Ali, baik Nazri, baik sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan pasukan nemesis itu gua akan layan dengan kata-kata nista sopan ataupun dengan hamburan sarkastik sekali pada hari ini jikalau di sapa bila-bila masa. Gua rasa nak tomoi tiang LLN sambil pejam mata tapi gua pendamkan sahaja amarah yang membara itu.

Jalan jem mengalahkan babakcerita Armageddon, Deep Impact, Independence Day dengan The Day After Tomorrow sekaligus. Sah hari Isnin.

Sampai studio pagi buta dengan niat nak layan Golden Globe. Acara wajib dan pemanas badan tiap tahun sebelum tiba musim Oscar. Gua hadap sambil telan Maggi Asam Laksa berulamkan setengah dozen samperit atas meja pantri yang datangnya entah dari mana. Gua jangka Heath Ledger akan dapat satu. Ricy Gervais akan buat kelakar. Akan ada newcomer dan cerita-cerita yang haram gua tak pernah follow atau dengar pun sebagai pencalonan. Anugerah khas juri yang pelik. Bla. Bla. Bla.

Atas meja dan masih layan TV sambil buat keje yang tertangguh Jumaat lepas ala-ala mamat dalam cerita West Wing tu.

Gua browse berita terkini hiburan sensasi macam biasa dengan Facebook, Newsarama, CBR, Joblo, Gmail dan lain-lain lagi.


Gua stop kejap. Gua pikir. Gua taip dalam blog.



Ada ke satu hari yang dilalui dalam hidup sesapa pun dalam dunia fana ini yang mana kita tidak dependable pada benda-benda rutin seperti melanggar ke barat, menghadam yang keras dan mendongak kepala ke bawah?

Apa rahsia Tom Cruise ek nampak muda rumaja dalam tv?

Ulasan