Cuaca tak menentu, sapa yang kuat komplen... dia yang akan kena sambar kilat dulu. Pegi la lu main layang-layang time tu. Nahas.

Semenjak, dua menjak ni takde kelihatan bulan di langit. Tidak juga kelihatan bintang. Puncanya? Gua sendiri pun tak tau. Gua bukan pakar kosmologi. Apatah lagi jurufikir constellation ataupun ahli astrologi. Lagi pun, gua tak into sangat semua tu. Lebih baik gua layan buku tulisan Ibn Sirin (Takwil Mimpi... sapa ada? Pinjam sat). Hujan dan panas pun tak menentu sama. Kadang banjir, kadang terbakar panasnya. Cepat-cepat la orang jumpa alasan kalau cuaca tak boleh nak diramal ni. Melainkan kalau benda tu ada kepentingan peribadi. Ada road block polis sejuta bilion kali pun tak jadi perkara. Janji apa yang dihajat tercapai. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kata pak tua tu. Nafsu dengan keinginan manusia ni mana boleh dibuat main-main. Tak baca paper tahun baru ke itu hari? Ah. Nampak sangat gua cuba berpolitik songsang. Lantak.

Lampu trafik tak selamanya merah. Kadang-kadang dia akan hijau jugak sekejap lepas dah oren. Tapi kalau kat KL ni, selalunya lampu trafik mula la rosak kalau tak maintain elok. Bukan apa, kalau maintain pun dia akan blackout jugak kalau ribut petir. Macamana tak sesak. Itu belum gua kira orang yang jenis darahnya cepat naik, nak mencarut, kaki gaduh, tak sabar dan dirasuk syaitan segera.

Kalau jenis yang pandai mengelat, bijak menipu, senang diampu, mudah diracun... selamatlah korang. Makin cepatlah proses penyahtinjaan diorang. Come on lah. Sedar. Bangunlah. Kalau tak kita, sapa lagi. Dah takde orang lain dah. Dah takde sapa dah. Ramai orang sama ada tak percaya orang, takkan percaya orang atau hilang kepercayaan terus sekarang ni. Tapi gua ada faith. Gua tak mudah goyang. Setakat beratur kat kaunter nak renew itu ini atau nak mintak borang sana sini, gua boleh sabar lagi. IC gua yang diiktiraf dan bertaraf smart card tu pun kalau tak clear lalu touch 'n go pun gua boleh blah lagi. Kena bayar cukai aje belum gua rasa. Sebab sekarang gua tak paham konsep dan ideologi bercukai. Nama pun 'cukai'. Macam skim pinjaman tu la. Kata nak bantu, apsal kena pinjam pulak? Ikhlas tak boleh ke? Kalau dah pinjam, bukan kena bayar balik ke? Tu dah kira agak menganiaya jugak tu kalau dah siap ada bunganya.

Chu-Kai. Chu-kaai. Pelik siol nama tu.

Pastu, kemana aje duit-cuit cukai tu pegi? Saham? KWSP? SOCSO? Telus? Serius telus? Itu hari gua ada dengar sorang ustaz tu cakap, kita tak tau pun mana duit tol kita disalurkan. Katanya perjanjiannya rahsia. Heran. Insuran tu semua credible? Pincang jugak gua nampak. Ada sekali tu servicing out. Gua taktau mana duit gua. Nasib baik kawan dari universiti dulu. Gua anggap halal. Lagipun dia baru lepas kawin. Taknak ganggu honeymoon lu. Tapi kalau lu baca, call gua. Gua nak sambung bayar ni. Gua pun nak selamat. Anyways, tu bukan point gua. Point gua ialah apsal kita kena bayar dan TERPAKSA bagi duit sedangkan kita perlukan duit tu untuk membeli tiket wayang, nescafe tarik dan komik setiap bulan? Tidak cukupkah semua pengorbanan dan kesengsaraan yang telah dibebankan oleh pemonopoli luar itu. Nak, tak nak, kena jugak beli.

KENA. TERKENA. MENGENA.


Dalam ramai-ramai orang, sapa yang sanggup? Moden sangat dunia. Terlalu moden.

Ulasan