anarki sang kaki jalan kaki (mungkin fanboy best kept secret. mungkin lah, gua pun taktau maybe ada yang perasan sebelum gua)

Gua sekarang ketandusan sumber dan perantara buat seketika untuk berbelanja mewah-mewah beli komik macam dulu. Dulu gua rasa mewah dan bergaya sungguh beli komik tanpa rasa beringat-ingat dan waspada tentang keadaan ekonomi dunia yang mula dirasakan ke*&$%#@$nya sekarang ini. Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat dan langkah gua untuk berjuang mencari-cari port-port komik ekonomikal yang mana ada.

Dan baru-baru ini gua terjumpa satu lubuk dendam yang dianggap harta berharga di saat-saat genting ini di sebuah kedai majalah jenis lambak bernama Selvam di Cineleisure. Selvam lain pun tak boleh chelen Selvam ni sebab ini markas Selvam. Dulu dia bertaraf biasa-biasa aje. Malah, seleksi komik lama dan backstock pun sikit. Tidak impresif langsung. Title hampeh dan semuanya untuk budak-budak yang baru belajar nak baca komik.

Tapi sekarang gua anggap dia bertaraf World Cup sebab ada satu slot susunan rak komik yang best tahap esbestos seve ballesteros.
Harganya tidak sampai pun setanding dengan satu pinggan nasi ayam hainan kat food court pasaraya.

Ulasan