Anak Muda Hati Berani: Sebuah laksana 5 Tahun sekali.

Dah tahun 2009.

Masih tak ada lagi kereta terbang. Alien masih belum mendarat kat bumi. Sharlinie masih hilang. Israel dengan Palestin masih bergolak malahan makin teruk. Gua masih tak pakai Honda City. Pasukan bolasepak kebangsaan masih kena kutuk dengan member-member futsal gua. Income menulis masih ditakuk lama. Kedai Komik gua masih tergadai. Dan awek yang gua usha itu hari masih nak lekat dengan boyfriend lama dia.

Tapi gua tau.

Tuhan itu adil. Maha Adil.

Selalunya, mesti ada sebab. 'Blessing in disguise', orang putih bilang. Kalau tak, takkan gua masih duduk Malaysia dan bukan Hollywood ataupun pergi latihan angkasawan kat Ukraine. Gua sabar orangnya. Kadang-kadang, orang tak paham yang marah itu hanya memanjangkan problem. Bukan men-settle-kan. Nasihat pun macam tak guna jugak kalau di fikir-fikir balik. Ramai sangat orang besar kepala dan keras kepala sekarang ni. Semua buat hal masing-masing. Yang tau hukum dengan aturan, tak apa la. Yang main belasah tak payah la cakap. Dunia nak hujung-hujung ni... itu alasannya. Macam bangkai.

Ini tahun kombo tahun baru. Gregori Masehi dan Hijrah Ma'al. Masa paling ngam dan best nak pasang azam-azam nan baru. Fresh start. Atau re-start.

Siapa sangka, plan 5 tahun gua yang gua rangka dan laksanakan sepanjang 5 tahun nan lalu (2004-2008) berjalan dengan macam-macam walhasil. Plan 5 tahun sebelum tu (1999-2003), lagi gila kalau gua cerita balik. Itu time banyak tak guna kepala otak, banyak guna kepala lutut. Nasib gua baik. Sebab gua jenis cepat tangkap experience dengan skill-skill hidup. Semangat untuk gunakan segala yang ada lepas tu sampai sekarang dah seganding. Cuma gua goyang kalau perut gua lapar, buku gua lupa letak mana, mimpi gua pendek, road tax mati dan ada la lain-lain lagi yang tak boleh gua dedah. Hidup zaman moden umpama zaman batu kalau lu orang pikir dalam-dalam. Survival mode kena tinggi. Jangan harap la awek tu nak layan lu apatah lagi usha lu kalau lu orang duduk diam macam tunggul tepi shopping kompleks atau perhentian komuter. Kemahiran ngurat era 80an dengan 90an dah banyak beza dengan skill ngurat pasca milineum.

Itu bukan alasan untuk gua abis ikhtiar.

Gua ada lebih berbilion lagi ikhtiar lagi. Sebab gua hidup tak lama. Mati pun sekali aje, kalau gua mati hidup semula pun tak sama. Main Winning Eleven atau makan nasik dalam keadaan roh banyak beza. Tapi itu semua kuasa Tuhan jugak, gua banyakkan lagi tawakkal supaya gua tak hidup dan mati sia-sia. Gua pun kadang-kadang teringin nasib nak masuk Guinness Book of Record atau masuk pegi naik Haji atau pegi Pulau Bali atau buat lagu dengan M.Nasir atau Disneyland atau tengok Formula One kat Sepang. Ya, gua tak pegi lagi tengok Formula One secara live kat Sepang. Apapun, gua tetap syukur. Orang kat Ethiopia dengan Sudan sana lagi teruk gua rasa. Facebook pun diorang tak dapat rasa nikmat. Apatah lagi makan nasik goreng paprik. Nasi goreng paprik sedap yang amat kalau makan time lapar gile!

Semua orang keje siang dan malam untuk hidup. Untuk makan. Untuk dapat duit. Untuk kumpul harta. Simpan sana sikit. Belanja sini sikit. Balik-balik tang tu jugak. Siapa tak keje, boleh jugak survive. Banyak jugak jalan lain untuk survive selain dari keje. Lu orang boleh pilih sama ada mintak sedekah kat gerai-gerai atau food court, tepi jalan atau jambatan. Boleh masuk rumah kebajikan atau rumah pemulihan. Tapi pikir la. Nak semua tu pun, dah nama keje jugak. Walaupun tak dapat duit, tak dapat gaji... asal gerak aje anggota tu, kira keje dah tu. Tak dapat lari punya. Manusia. Kambing gurun pun boleh mati kalau bubuh dekat tempat orang eskimo.

Siapa tau kat mana kita semua 5 tahun dari sekarang?

Dah wujud ke kereta terbang tu? Alien dah jadi jiran kita ke? Sharlinie? Israel dengan Palestin nak peluk-peluk, pegang tangan pegi mandi pantai sama-sama? Honda City yang parking depan rumah tu, gua punya? Harimau Malaya dah layak final round World Cup dan member-member gua semua terhegeh-hegeh melutut, merayu kat tumit gua sebab nak tiket free? Tulisan-tulisan gua boleh support duit lepak dengan minyak gua? KedaiKomik gua tersenarai kat carta Fortune 500? Awek idaman gua jadi bini gua dan sedang bermain kat taman permainan sebelah tasik yang permai itu?



Tuhan itu Maha Adil. Cuma lu tinggal usaha, ikhtiar, doa dengan tawakkal aje. Kalau rasa rajin-rajin lagi, buat la yang lain-lain tu. Jangan ngelat pulak. Dunia tak ke mana. Serius gua cakap. Itu hari gua update-update, tak banyak beza. Cuma berubah ikut keadaan. Tapi peranan dan fungsi kita tetap sama. Tak payah la gaduh-gaduh, dengki-dengki. Lu simpan aje. Orang baik pun dah makin rare dalam bumi ni. Berubahlah untuk jadi orang baik. Tak sapa pandang lagi dah orang-orang jahat. Dah ramai sangat.

Setuju?

Ini semua skrip yang sama aje. Draft lain.



Siapa cakap masa cepat sangat berjalan?? Tinggal nak, tak nak aje. Nak ke?

Ulasan

DancingQueen berkata…
wow...yep,the word is GRATEFUL! bersyukur..bersyukur..bersyukur..the more it'll come to you..=)
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

you've been reading. And understanding...

good.

welcome to the 'army'.