uomo universalis.

Tidak ada yang lebih mengecewakan daripada melihat kekecewaan itu sendiri menjadi ratapan sepanjang masa tanpa ada apa-apa jalan untuk mengambil pengajaran daripada pengalaman itu. Makanya, tidak perlu ada rasa kesal atau sesal. Kita semua manusia. Memang dijadikan oleh Tuhan untuk membuat kesilapan berulang kali atas nama pengajaran dan juga pengalaman. Hakikat ini memang fitrah. Jadi jangan ada yang sangkal. Tidak perlu rasa bersalah. Tidak perlu rasa malu. Dan paling penting, tidak perlu rasa kecewa. Rugi atau untung, itu biarlah masa yang menentukan.


Bernasib baiklah semua kerana tidak ada sistem-sistem totalitarian, sekularisme, unilateral yang menyusahkan kita. Kalau ada pun, kita tak rasa tertekan sangat. Yang paling penting, keperluan hidup kita sebagai manusia serba lengkap. Makan minum cukup, tempat tinggal ada, pakaian sempurna, udara, air... semuanya tidak pernah lekang apatah lagi terputus. Tapi ini bukanlah bermakna kita harus sepanjang masa lega dan selesa-selesa sahaja dengan apa yang ada tanpa ada apa-apa lagi ikhtiar untuk memajukan diri. Oh! Dangkal dan jahil sungguhlah orang yang berpersepsi yang sedemikian. Masalahnya sekarang adalah masih ramai lagi yang tidak berani dan tidak berkesanggupan untuk melakukan perubahan, bukan sahaja yang besar malahan yang kecil-kecil juga. Perubahan penting untuk memperbaiki dan menaik-taraf mutu diri dan kualiti kehidupan sejagat. Kenapa perlu takut atau ragu-ragu dengan peluang yang ada di hadapan mata sedangkan jelas peluang itu hanya tersedia untuk kita dan kita sahaja? Kiranya peluang itu diambil oleh orang lain yang mewakili orang yang bukan hak, maka di akhir cerita nanti tidaklah seperti yang diduga. Sekali lagi, kesilapan yang sama akan dibuat berulang kali. Penyesalan. Kekecewaan. Manusia yang jenis tidak pernah mahu belajar dari kesilapan dan enggan memperbaiki kelemahan. Apa ertinya? Tidakkah itu kerugian yang teramat sangat? Dan fahamkah kita sebenarnya maksud sia-sia itu? There's nothing to waste. Nothing goes to waste. Even waste is valuable when it is at an utmost wastage. Itu falsafah gua bersungguh dalam Bahasa Inggeris. Tolong kepilkan bersama kata-kata filsuf gua yang lain bila gua dah takde nanti.


Setahun sudah hampir berlalu. Semua orang ada cakap yang tahun 2008 adalah tahun yang menjanjikan itu dan ini. Macam-macam gua dengar. Yang menjadi... menjadilah. Yang tak menjadi... sengsara jua memikirkannya. Apatah lagi menghadapi serangan kiri, kanan, atas dan bawah, depan dan belakang. Tapi bak kata salah satu mentor gua yang bergelar sasterwan rakyat itu, “ Setiap satu misfortune itu, pasti ada fortune-nya yang tersendiri ”. Tapi gua rasa, gua tidaklah unfortunate. Apatah lagi unlucky. Gua hanya kandas sikit. Ada roadblock. Itu belum lagi menimbulkan permasalahan. Kalau ada pun, tidak disengajakan. Minta maaf pada semua yang merasakan gua pernah ada bikin silap dan buat salah. Aku tetap bertali Adam. Sedangkan khuldi itu hanyalah decoy yang jahannam semata, apatah lagi hujung zaman. Walaupun jauh lagi untuk mencapai tahap genius, sufi, kiyai, sarjana, pendita atau legendaris... sesungguhnya apa yang ada didepan mata ini pun, tidak ketahuan bila akan sampai ke peringkat seterusnya. Firaun, Haman dan Qarun lagi tamak dan derhaka. Gua cuma mahu ke depan. Terlalu banyak benda remeh dan picisan yang membelenggu. Gua tanam cita-cita mahu jadi insan polimatik. Setidaknya polyglot atau polihistor. Mereka-mereka ini adalah manusia berjiwa kental, berminda kebal dan sentiasa bernafas dalam udara optimisme. Kalau Benjamin Franklin tak gila main layang-layang time ribut petir, Archimedes tak rasa ralat nak mandi petang tu, Van Gogh tak sewel potong telinga kiri dia atau Beethoven tak buat muzik walaupun pekak... jangan haraplah dunia ni boleh meriah dengan peribadi manusia yang degil.


Gua tetap nak tanam azam baru.

Ulasan

DancingQueen berkata…
syaabbas beta!! suntikan pagi yang mampu membuatkan terjaga dan terbangun dari lena..wahhh feel like sasterawati ;)
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

...awak tertido kat ofis ke sampai nak kena suntikan baru sadar? ;p

And awak kenal jugak Mian Sastrowati tu?! Wah. Bestnye.
Maya berkata…
wah..semangat..all the best :)
faizalmukhtar berkata…
[maya]

tq. likewise to you and the moon.