TENGOK! Gua dah cakap... budak Subang jugak diorang harapkan.

Syed Adney of Subang Jaya sudah bersedia pikul tugas.
Sorry Said Gila. Sapa suruh lu retire. Nampaknya simpanan la lu sampai ke tua.


PHUKET - Penjaga gol kelahiran Liverpool, Syed Adney Syed Hussein yang kini menetap di Subang Jaya iaitu adik kepada pelakon Sharifah Sofia yang bersekolah di Sekolah Menengah Subang Utama, bersedia menjaga gawang Malaysia pada perlawanan penting menentang Thailand dalam Kejohanan Bola sepak Piala Suzuki AFF hari ini.

Dia melahirkan kesediaan itu ketika Mohd. Helmi Eliza Elias hampir pasti diketepikan selepas melakukan kesilapan yang sukar dimaafkan ketika mereka tewas kepada Vietnam kelmarin.

Dalam misi hidup dan mati bertemu juara tiga kali itu, jurulatih B. Sathianathan sedang mempertimbangkan untuk merehatkan Mohd. Helmi selepas tiga kesilapannya ketika bertemu Vietnam menyebabkan Malaysia tewas 2-3.

"Saya bersimpati dengannya (Mohd. Helmi), tetapi saya kena rebut peluang jika saya diberi kepercayaan," kata Syed Adney, 22, yang pernah menjalani ujian bersama kelab Divisyen Dua England, Darlington FC tahun lepas.


SYED ADNEY sudah bersedia memikul tugas sekiranya diberi tanggungjawab menjaga gawang skuad negara hari ini. Jangan lu pulak buat taik nanti!

Penjaga gol kelab UPB-MyTeam itu yang pernah beraksi pada Sukan SEA 2007 berkata, dia yakin dapat mempamerkan aksi terbaik jika diturunkan dalam kesebelasan utama.

Dengan hanya tiga mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Laos, Malaysia perlu menang ke atas Thailand dan pada masa yang sama berharap Vietnam tidak menjaringkan lebih daripada tiga gol ke atas Laos.

Sathianathan berkata, walaupun beliau belum memutuskan untuk memilih Syed Adney atau kekal dengan Mohd. Helmi, kemungkinan besar Mohd. Helmi tidak tersenarai dalam kesebelasan utama kerana dia mungkin tidak sempat untuk memulihkan keyakinannya daripada insiden malang itu.

"Saya sudah bercakap dan tengking dia (Mohd. Helmi) kaw-kaw punya pagi ini untuk melihat perkembangannya. Saya rasa fikiran dia agak terganggu gara-gara kesilapan tersebut dan kritikan yang datang boleh membunuh keyakinannya," katanya.

Sathianathan berkata, keputusan Mohd. Helmi untuk keluar daripada pintu golnya yang telah membuka ruang kepada Vietnam untuk menjaringkan gol kemenangan boleh terjadi kepada mana-mana penjaga gol.

Walaupun bersetuju bahawa peminat Malaysia kecewa dan marah dengan kesilapan itu, Sathianathan tetap mempertahankan bahawa penjaga gol Kedah itu tetap memperlihatkan konsistensi dalam perlawanan sebelum ini. - TIDAK BERNAMA

Ulasan

tigabelas berkata…
Salam singgah.
Sebenanye aku lg suke si Helmi tu men..psl konfiden die len mcm a.reflect die kat bola pon bole thn..PestabolaMerdeka xde bolos..Tapi tang lwn Vietnam tu...adehhh...tlebih konfiden ah pulak..pedih ulu hati aku...Bole seri die wat hal lak..
Syed ni aku takut cket,psl ni kalo jadik,1st game die ni..lwn Thailand lak tu..pressure die len..Ckp bole la dah bersedia..kang wat silap..mintak maap je..
Lagi satu..aku xphm apsl die letak Hairuddin Omar tu..Ko pikir camne?Line up si Sathianathan ni ok ak?
faizalmukhtar berkata…
[thirteen]

harapan tetap ada.

kalau lu tengok last edition 2 tahun lepas punya AFF CUP, group stage dia pun kritikal macam ni jgk. cuma masa tu filipina membantu kita layak ke semi-final. sekarang time Laos pulak bikin kejutan.

Helmi ke, Adney ke... football is a team sport. gua cuma mau tengok performance yang baik. kalah menang dah adat.

ya. hairuddin. ada apa ya dengan hairuddin?
fuhhyyooo jambu siut. aku tatau pulak junior kita ada yang jambu macam ni. kalau aku tau, awal2 aku dah failkan SPM berkali2.

-kata Bimbo, bukan nama sebenar.
faizalmukhtar berkata…
[heybimbo!]

...ni batch adik aku. ya. aku pun heran bila batch dia pun ada ramai chikas2 yang cun melecur!

gua pun nyaris gagal STP.