sonata di kinokuniya

Rumah terbakar nampak apinya,
Hati membara siapa yang tahu,
Bawang terhiris nampak kulitnya,
Jiwa berguris siapa yang mahu.

Apalah nasib badan ini
Komik-komik itu terlepas jua.

Kawan-kawan seronok-seronok menggelikan diri,
Lucu lah tu sangat gelak-gelak,
Lu ingat gua tak mampu ke,
Tiga bulan tak ke Mind Shop dan cuma gua takde duit yang lebat.

Jangan ingat roda hanya berada di atas
Kadang-kadang bunganya boleh haus, bai.

Joker Azarello... Kingdom Come New Gatefold Print,
Paperback The Spirit Darwyn Cooke... Art of Iron Man,
Duduk tercongok melihat brother dengan kad kredit platinum itu,
Membalut encyclopedia Star Wars baru yang harganya... &%$#!

Teringat awek itu
Apakah dia teringatkan aku jugak?

Makan di Food Court Mee Wantan jugak yang diusha,
Borak-kutuk-ngumpat-kritik-komplen-puji-ampu dan menipu
Halwa remeh kita yang sesedap hati aje,
Gua pulak rasa bersalah tak pasal harga tiket RM17!

Sori kawan-kawan.
Nampak sangat gua dah lama tak korek telinga belah kanan

Ulasan