satu hari kita ke Muzium Negara : PART 1

Itu hari adalah hari yang dirasakan sangat ngam untuk keluar dan jalan-jalan cari ... macam-macam benda! Last sekali gua ingat, gua pergi Muzium Negara adalah dalam lingkungan umur-umur sekolah rendah. Itu pun ada rombongan sekolah tak silap gua. Bersejarah betul. 20 tahun kemudian, inilah kali ketiga ke, keempat ke gua jejak kaki kat sini. Ah! Gua dah lupus ingatan. Gua rasa zaman budak-budak lagi banyak benda nak ingat macam nama-nama robot Transformers, episod mana yang Gaban kalah, buku sticker Panini gua dan lengkap ke belum serta berapa banyak tutup botol dengan batang aiskirm gua dah collect dari Murali dan Darmalinggam, jaguh lawan jentik tutup botol dan tepuk batang aiskrim sekitar tahun 1988. Itu time partner regu gua Ridzuan Bahari. Sama-sama pengawas sekolah.

Biasanya kalau ada opening day pameran-pameran, exhibition-exhibition, filem-filem atau keramaian-keramaian yang mebabitkan minat atau source material kajian tulisan gua... memang gua akan datang hari PERTAMA! Mentaliti ini gua semai sejak dari zaman sebelum gua jadi reporter majalah dulu lagi. Dan sekarang gua dah tak jadi reporter, tetap gua akan redah hari pertama. Hari pertama selalunya macam-macam benda best ada. Contohnya hari pertama PESTA BUKU, hari pertama JUALAN GUDANG, hari pertama TOURNAMENT BOLASEPAK dan begitulah seterusnya.

Maka ini adalah hari pertama PAMERAN SENJATA TRADISIONAL: MISTERI & KESAKTIAN

Show ni start dari kelmarin sampai la 4 bulan seterusnya. Memang gua dah aim lama dah pameran ni. Gua telah diiringi oleh escort-escort yakni member-member gua yang terbabit dalam lawatan kerja ini. Dan gua selaku ketua rombongan tak rasmi, bertanggungjawab atas segalanya. Ayuh! Kita ke sana... sanaaa... sanaaaa ...!!!

( caption tak sempat bubuh lagi. nanti gua bubuh. ada hal pulak tadi, download gambor pulak... sikit punya jinggut lama! )


















































...akan bersambung jua

Ulasan