REVIEW PIALA AFF '08 : Malaysia VS Thailand

Ya. Kita tak layak dan kalah 3-0 dengan Siam. Takde benda yang redundant atau stereotype gua nak cakap. Cuma senarai 10 benda untuk review kali ni sebelum kita semua berlepas pulang ke tanahair dan menyambut Hari Raya Haji yang belated.


1. Secara rasionalnya, gua tetap sokong Malaysia. Kalau bukan warganegara sendiri, sapa nak support. Takkan pendatang haram dengan Yahudi kot. Dan seorang supporter tegar takkan support time menang sahaja, time kalah sokmo pun, sokong jugak. Malah gua seorang fanatik. Kalau ikut secara emosi pulak, gua rasa gua dah masuk penjara Sungai Buloh dah sekarang ni.

2. Player-player senior macam Hairuddin, Shukor, Zamani, Nizaruddin dan lain-lain tu dah boleh pikir dan berkira-kira menamatkan karier main untuk skuad kebangsaan. Especially Hairuddin. Udah-udah le tu.

3. Masalah untuk edisi kali ni ternyata bukan keeper. Helmi atau Adney. Bukan juga dilema nak sarung jersi biru atau kuning. Masalah adalah lain punya problem. Gua dah boleh nampak Gayour gelak sampai tergolek kerusi kat opis. *&%#!

4. Seminggu main 3 game back to back. Apahal ingat tak kena 'kitai' ke player?

5. Singapore jangan bagik dia main lagi AFF Cup. Kasik dia main EURO terus.

6. Nasib kita lagi bagus berbanding Laos, Kemboja, Filipina dengan Brunei yang dan berbilion kali cuba nasib. Kita ada la jugak sejarah nak di banggakan untuk bekalan masa depan. Filipina dengan Brunei tu siap merajuk-merajuk lagi tak nak join.

7. Kalah gua tak kisah. Janji belajar la something. Demi Tuhan, tolonglah belajar... Apsal si Indra dengan Shukor tu tak tomoi aje Kapten Thailand tu betul-betul sampai cacat? Tumbuk tu taktik budak sekolah.

8. Sathianathan dah boleh start browse jobstreet atau iklaneka classified kerja baru.

9. Apa kes first half jersi baru, second half pakai jersi lama. Sapa yang ajar mandrem-mandrem ni?

10. Gua tengah tunggu statement Khairy Jamaluddin. Dia bijak sikit.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
hmm... dah agak dah..
mseti kene punyer..
gua pu sokong gak bro.. tpi letihla
asik kalah je..
PERLU buat sesuatu..
Arabian berkata…
aku rasa pemain singapore tuh cuma keeper si lois ngan budak no 5, noh tuh jer warga singapore.... melampau sungguh.. at least man utd pun ader pakai homegrown player tau.. palatis tul... siap la tahun depan, brunei import sumer player dari liga brazil. sure menang... aku mmg tak puas hati ngan singapore... pastu malaysia vs thailand plak cam palat.. chance zaquan tuh boleh convert kalau dia cool... tgk player thailang 3rd goal.. relak.. mudah jer finishing. dier... argghh... mintak tolong tau depan, proton sponsor plak.. proton cup... boleh kita main kotor mcm thailand...
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

kalau lu letih, bayangkan player dengan FAM.

...lagi letih.

tu belum aweks dengan bini yang menunggu kat rumah... tu dah tahap letih-letih sayang tau?!
faizalmukhtar berkata…
[usepp]

ada baiknya lu train anak laki lu sekali dengan anak adik gua yang baru lahir tu dari sekarang.

...at least dah ada target untuk Piala Dunia 2020!

WAWASAN TU, BAI.
gayour berkata…
har fragin har

harimau kuat tak akan kalah sekiranya;

1- perlawanan tak jadi
2- team harimau sebelas orang, team tom yam gong tony ja tiga orang. keeper, petahanan dan penyerang. gerenti harimau menang penuh gaya!
3- gol tanpa niat ( seperti gol kemenangan vietnam hari tu ) tidak dikira gol yang sah kerana tanpa niat!
4- team harimau boleh menggunakan kaki dan tangan. team tom yam tak boleh.
5- team tom yam menurunkan pemain-pemain kanak-kanak tadika, tua bangka, sakit pinggang dan gout

banyak lagi la kalo nak disenarai hitamkan. cukup la. heh!

peng! pengg! bestnye bawak suzuki cup 70cc
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

gua ingat sekali gua nak up la nama gayour ni jadi ketua coach Malaysia... amacam? Bagik dia rasa sedikit penangan bolasepak moden.

Chaisss!!! Tak abis-abis dengan hinaan lu terhadap pasukan negara!
Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
klu FAM baca kritikan cek gayour ni bleh kene buang negara org tua ni..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

jangan kata buang negara... buang ke langit dengan sungai pun, langit dengan sungai tu takmo.

'liat' katanya.