Qisas KalaQian.

Istilah kebangsaan ini bermaksud tingkah laku dan taraf sosial atau keturunan seseorang. Konsep bangsa atau nation hendaklah dibezakan jua dengan istilah antropologi race atau etnik. Barangkali kita boleh menggunakan pendapat sains tentang proses minda manusia untuk menganalisis fenomena ini dalam wasilah. Wasilah bukan syarat. Ia juga bukan rukun. Ia lebih kepada kaedah atau method. Pada bahasa, wasilah bermaksud perantaraan. Pada syarak, ia adalah sangat-sangat berbeza. Menurut pendapat terbaharu ini, otak manusia terdiri daripada dua petak: petak di sebelah kiri ialah petak logik yakni tempat berlakunya proses pemikiran akaliah /rasionaliti manusia, manakala petak di sebelah kanan ialah tempat berlakunya proses imaginasi manusia, perasaan manusia, khayalan manusia.

Tingginya kreativiti bangsa Nusantara.

Sebagai contoh, saya sendiri selaku penulis menganggap bahawa aliran Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Hamzah Fansuri dalam puisi-puisinya adalah kurang lebih sama dengan fahaman atau kepercayaan panteisme yang menganggap alam dan Tuhan adalah satu, atau Tuhan bersatu dengan dan juga dalam alam. Namun, spektrum maknanya tidak terhenti di situ. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat dan salah. Lupakan Neoplatonisma. Lembaran 'Risalah Tasawwuf' dan puisi-puisi tulisannya tidaklah sama dengan konsep Ittihad yang bererti union with god. Ibnu Arabi, pemikir Tasawwuf Islam dari Al-Andalus yang menjadi salah satu sumber Hamzah Fansuri lebih menekankan makna unity of being. Ini contoh rangkap Hamzah Fansuri yang sempat saya geledah:


Aho segala kita umat Rasul
Tuntut ilmu hakikat al-Wusul
Kerana ilmu itu pada Allah kabul
Itikadmu jangan ittihad dan hulul


Ternilailah karya Tasawwuf Nusantara itu dari segi nilai seni dan kesusasteraan. Dan dari segi keupayaan bangsa atau bahasa melahirkan karya besar ilmu falsafah.


Itupun bagi yang mahu memahami dan menjiwai (terhindar sangsi dan ragu rasa).

Ulasan