Pembuahan.

Malam tadi.


Panggilan terpaksa gua lakukan. “ Sorry, dud. Ini malam terpaksa cancel seat gua untuk YES MAN. Ada hal penting yang terpaksa gua pergi ”. Nadzru selaku member gua yang dah lama kenal gua sejak dari sekolah dulu dah faham maksud gua. “ I understand, bro. Go ahead. Congratz in advance! ” , jawab dia dengan slang omputeh yang cukup ikut Brit standard. Gua ucap selamat tinggal dengan member-member satu studio dan terus rempit dengan Kancil gua untuk pick up mak gua kat rumah. “ Dah solat belum? Belum solat, settlekan dulu. Jangan hutang-hutang dengan Tuhan ”. Mak dengan bapak gua teruskan sessi mind-reading kat atas meja study/meja makan dan biarkan gua tenang dan rehat-rehat barang seminit-dua.


Gua rasa dari tadi lain macam badan gua. Rasa seram-seram sejuk campur panas-panas suam kuku. Nak demam ada. Macam dah demam pun ada. Otak dan badan gua rasa tak ngam semacam. Kiri gua rasa macam dah beralih kanan. Atas gua rasa macam dah berpindah bawah. Tapi gua tak puas hati, boleh adjust ni. Gua tak boleh tak sihat 2-3 hari ni. Terutamanya malam ni.


Kancil bertukar Kia. Dalam kereta hanya gua dan mak gua. Adik-adik gua tinggal dengan bapak gua yang sama-sama kepenatan mungkin sebab lawatan ke Seremban hampir sehari suntuk tadi. Lawatan batiniah.


Sepanjang perjalanan, gua dengan mak gua berbincang sederhana-sederhana sahaja. Soal transmisi kereta lari, jalan KL dah banyak berubah dan lain-lain. Selepas jangkaan kesesatan itu, kami sampai juga ke destinasi. “ Patut la tak jumpa. Dia tutup lampu signboard ni. Visiting hours dah abis. ” Mak gua call adik gua kat atas. Selang tak berapa lama lepas tu, bayang adik gua masih tak nampak. Nasib baik. Ada sorang kakak turun tolong bukak kan pintu. “ Sekejap aje ye...”. Kami pun naik ke Tingkat 1 dan menuju ke bilik yang tertera nama PUAN IRDAYU IBRAHIM. Dalam bilik itu hanya ada dia dan FAZRI MUKHTAR. Adik gua. Kelihatan suasana semakin sentimental dan emosional. Serius dan mendebarkan. Mak gua memberi nasihat-nasihat dan panduan-panduan berguna kepada adik gua dan adik ipar gua sambil gua curi-curi dengar dan pura-pura konsentrasi menonton tayangan ulangan filem Tiga Abdul kali yang ke-2,891 juta. Ahehe. Gua kena ambik nota-nota penting. Berguna bila tiba time gua nanti. Harap-harap. Memang kepala otak gua tengah Kassim Patolon masa tu.


Tunggu punya tunggu, lepak punya lepak, borak punya borak. Masih dalam debaran dan suspen yang sama. Babak makin kencang. Kelmarin turn Khairy Jamaluddin. Semalam pulak Mazli Ibrahim. Dua-dua selamat dan sejahtera.


Sabar.


Belum masa lagi. Doktor dah induce. Ada lagi tiga lagi waiting list. Mungkin tengah malam. Mungkin awal pagi. Mungkin lewat pagi esok.





Hari ini 19 Disember 2008. Masa tepat 4 pagi lebih kurang.


Bertambah lagi seorang bilangan ahli keluarga.


Seorang HERO yang sihat dan sempurna.



Kelahiran AMMAR RAYYAN.


Haha. Happy gua tidak terkira. Tahniah, bro and wife! Gua tak sabar nak ajak anak lu turun padang sepak bola and curahkan ilmu WINNING ELEVEN gua yang melimpah ruah ini...



p/s: Gua sekarang adalah dengan rasminya memegang satu lagi jawatan baru.

Ulasan

syah berkata…
tahniah beb!!!!!

congrats dpt title baru!!!

only one question still wondering in my mind is - was it a natural birth of surgery???

aku x sempat tanya adik lu.... since dia sure tgh penat.

-syah-
syah`again berkata…
not of...should be or...

i repeat the question...

is it normal birth OR surgery????
silentgecko berkata…
Alhamdulillah... aku pun turut gembira...ko dah jadi PakLong... tahniah... pandai adik ko pilih nama... ok chow
Tanpa Nama berkata…
wei! nih aku nih koi ... aku ada jumpa VCD queen of langkasuka tuh... kalau ko nak bg tau.. tapi aku tak yakin ada translation english sbb dia VCD bukan DVD.. bagi tau aku.. aku kat phuket ... ko ada no aku kan? kalau takde, tanya nadzru ...signing off ... ko sms jer cakap nak atau tak nak ... bye!
DancingQueen berkata…
tahniah di atas kelahiran Ammar Rayyan, Pak long Faizal ;p
faizalmukhtar berkata…
[syah]

normal la, tak baca ke entri gua?! nampak sangat tengah panik...

all the best for you and shima.
faizalmukhtar berkata…
[ammar]

gua dah jangka lu akan turunkan komen. dasar oportunis! apa2 pun, sama2 lah jua...
faizalmukhtar berkata…
[koiESQ]

bagos! tak sia-sia gua hantar lu pegi Phuket... belasah la bahasa urdu dengan bahasa gaban sekalipun!!! gua dah lama dah mengidam ni.

jangan bernikah tanpa restu, koi. nanti keluar paper seksyen hiburan. letih mak tau!
faizalmukhtar berkata…
[deelaila]

...malam sikit Pak Long! gua nak anak buah gua panggil gua dengan nama-nama cool. Macgyver atau Superman umpamanya.
Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
bro faizal ble plak?
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

soalan macam ni, kena tanya Tuhan.
Maya berkata…
tahniah!!..rasa macam nak terberanak baca entri ni..fuihh..
faizalmukhtar berkata…
[maya]

:) ...macamana ek rasanya beranak simulation??
azyze gomez berkata…
Tahniah!
BErfikirlah dua-tiga kali sebelum dengan konfiden introduce diri kat Ammar Rayyan:

"Hai, I'm Faizal," sambil menanggalkan spek mata hitam dalam gaya iklan rokok Edika Yusuf zaman awal 90an.


Menjadi pakcik memang tanggungjawab yang ajaib,
tapi, kamu hustler apa...

Selamatttt! :)
faizalmukhtar berkata…
[azyze]

" ya. terima kasih jua atas ucap selamat itu " (sambil spek diletakkan diatas meja)

namun begitu, saya bukanlah hustler... (jaket kulit zipnya dibuka perlahan-lahan)

keajaiban berlaku dimana-mana. " (melabuhkan punggung ke dalam Toyota SERA dan menderum laju menuju matahari terbenam)

END.
paparayyan berkata…
Thanks bro, post psl AMMAR RAYYAN dlm entri lu. Gua akan tunaikan hajat lu utk didik anak gua utk minat soccer (tapi sewajarnya bukan chelsea). Da.