patut la lu orang takde friendster dengan facebook. kesian abang 'MELODI' tu kena tipu.

Gua ada satu kawan dulu. Gua kenal dia masa sekolah rendah. Nama dia Eddy Casmady. Gua dengan Eddy Casmady taklah rapat sangat tapi bila bab-bab merepek dan mengarut waktu sekolah rendah dahulu, gua anggap Eddy Casmady sebagai saing gua. Eddy Casmady juga licik blend dengan semua jenis orang; tidak mengira agama, bangsa dan lu duduk dalam darjah apa sekalipun. Termasuklah makcik kantin, pak guard sekolah dan tukang kebun. Eddy Casmady walaupun orangnya banyak cakap dan kuat merapu tetapi handal ilmu sosialis pada peringkat awal lagi. Seingat gua, ini mungkin pengaruh bapanya yang juga seorang anggota polis dan tambahan pula rumah Eddy Casmady terletak betul-betul depan Masjid Besar Subang Jaya.

Gua, kawan-kawan dan Eddy Casmady juga suka main bola. Pagi, petang, siang, senja, subuh, malam dan tak kira waktu, kami suka cerita dan main bola tak bertempat. Itu time, judul-judul player yang selalu dalam kandungan perbualan adalah Karel Stromsik, Ervin Boban, Fandi Ahmad, Zoran Nikolic, V.Sundramoorthy, Alistair Edwards, D.Tokijan dan lain-lain. Zaman Semi-Pro tengah kencang dan player import baru-baru masuk tanah Melayu. Eddy Casmady main posisi sweeper@penyapu. Masa tu Edgar Davids dengan Gennaro Gattuso tak top lagi, dia dah main style mereka. Kalau lawan sekolah lain, kurang-kurang sorang player lawan mesti gantung but 2-3 game sebab kecederaan serius akibat dilibas Eddy atau Eddy sendiri digantung perlawanan. Itulah Eddy yang gua kenali. Dia telah memperkenalkan gua pada prinsip, "I dont give a damn..." sejak gua di bangku sekolah rendah lagi. Dan gua juga masih ingat lagi satu peristiwa hari ini dalam sejarah yang berlaku di rumah Faizal Kepli pada satu hari Sabtu sekitar tahun '92. Chaiss!!! Stroke of genius!

Ini hari gua dapat berita pasal Eddy Casmady selepas 16 tahun lost contact. Gua sendiri tak pasti dia ingat lagi gua ke tak kalau dia ada baca benda ni. Tapi jasa dia kepada pembentukan sahsiah diri gua, gua takkan lupa.

Tahniah buat Eddy Casmady dan SariYanti. Lepas ni mood gua tengok TV3 hari Selasa pasti berbeza. Chaisss!!!

Lu memang licik dan handal, bai! HA. HA. Eddy... Eddy.

Ulasan

Kalamtimur berkata…
poning kepalo pokcik, apa kena mengena tajuk dengan entri?
faizalmukhtar berkata…
[kalamtimur]

alahai! pokcik... ini semua da vinci code. rumit sikit nak huraikan.

mungkin kalau pokcik follow MELODI dengan KAISARA tiap2 minggu, pokcik akan dapat sikit clue.
Tanpa Nama berkata…
hai faizal mukhtar.. casmady minta address to post his weding card. tQ =)
Tanpa Nama berkata…
owh ya... email your eddress to casmady@gmail.com ya.thanks=)
faizalmukhtar berkata…
[PA Eddy Casmady]

Hahaha! Lu baca ke entry ni Eddy?! Memang legend pengamatan deria lu...

Lu tetap licik walaupun dah insaf. Jap lagi gua forward mail. Lu tunggu.

Dan sudah tentulah SELAMAT PENGANTIN BARU.