MANTERAWORKS STUDIO : EDISI TERJAH TOUR // ZEDDA

Bertemu lagi dalam edisi TERJAH STUDIO TOUR. Kalau dulu, gua dah gegar studio Niezam, kali ini kita ke sebuah lagi studio anggota MANTERAWORKS yang diberitakan baru saja selesai acara-acara pindah rumah. Tapi gua tak pedulik. Gua redah aje. Walaupun kata tuan punya studio ini : " Sabarlah la, Faizal. Seluar aku pun tak abis angkut lagi dari rumah lama. Ni tuala aku pun aku taktau letak mana! Please... dong?! Tunggu la ".

Ah. Lantak. Gua nak terjah.

SIAP SEDIA LU, ZEDDA!

Pemilik studio ni dulu adalah seorang anggota khas MAT (Monster Attack Team) kat Jepun. Di sebabkan permit luput dan visa juga sudah tamat tempoh, dia pulang ke tanahair dan hanya bekerja sambilan sahaja. Ye la, raksaksa Baltan mana sudi lepak kat KL. DBKL kan tegas!

Tu diaaa... sampai gua pun musykil : Ni kedai ke studio?

Kau cakap aje apa kau nak. Dari cucu Ultraman sampai la ke Moyang Ultraman... semua ada! Siap raksaksa-raksaksanya sekali. Dengan aksesori-aksesori lain. Yang berdiri, yang terbang, yang cangkung, yang kaku, yang gerak, yang bukak, yang tutup. Semua ada la machaaa!!!

Selain Ultraman, ada la jugak toys dan action figure lain. Macam dalam gambar ni, Zedda jugak faveret kumpul Masked Rider, Godzilla, Garo dan lain-lain. Gua tak hafal. Zedda yang hafal.

Ni angle lain sikit. Biar ada variasi sikit.

Ni pun angle lain : Dah start nampak Dragon Ball, Superman/Batman, Gremlins, Wall-E.

Angle atas untuk yang fetish dengan angle atas.

Aiseh. Tak abis usha, apa pulak yang di pegang si Zedda ni?!! Pelan-pelan la dulu nak oiii...

Oh ya! STREET FIGHTER TRIBUTE dah keluar!!!

..dan sudah menjadi kebanggaan kami untuk memberitahu yang artwork Zedda ada dalam buku SPECIAL EDITION ni. Dah ada dah jual kat Kino dengan Borders bagi yang nak bikin koleksi. Zid!/Ultraman Jiddo pun ada jugak dalam tu.

Close up yang kabur. Maaf. Kamera kurang memuaskan.

Ni lagi satu, gua rasa membara!

Zedda bercerita bagaimana perancangan asalnya untuk membeli kereta mewah dan rumah banglo sebijik terpaksa ditangguhkan kerana nafsu lain yang membuak-buak. Hasilnya : TV LCD ini yang disertakan dengan sound system terbayek dan PS3 berinternet, blue-ray, bla-bla-bla. Gua sempat layan game faveret gua zaman sekolah rendah dulu yang bertajuk '1942'. Lain gila siol main kat PS3 ! Tapi kadang-kadang tak boleh pasang kuat-kuat, rumah baru dia depan surau.

Koleksi komik dan bahan rujukan Zedda.

Koleksi buku-buku dan kitab-kitab Ultraman yang memcecah harga jutaan Yen Nippon.

Lagi koleksi bahan rujukan, komik, artbook, manga dan lain-lain jua.

DVD dan VCD yang menimbun dari rumah lama. Katanya ada lagi dalam 3 trak kontena tak sampai lagi. Damn.

Nostalgik juga orang yang bernama Zedda ini. Sampai tag nama masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulupun, disimpannya. Cikgu sekolah kau mesti bangga kan, Mohd Fariz.

Gua rasa tak cukup ni datang sekali. Next time kalau dia dah betul-betul siap berpindah dan dah kemas-kemas solid, gua nak terjah lagi. Mungkin ada banyak lagi khazanah dari dia ni. Tu belum bongkar meja lukis dia lagi ni.

Alrite. Itu sahaja dari TERJAH TOUR edisi Ultraman Zedda. Next time, kita gegar rumah orang lain pula... amacam? Ada cadangan terkini?!

Ulasan

shazrol berkata…
zedda tu dah berpunya ke belum,geram mak tengok harta benda dia tu..hahaha
faizalmukhtar berkata…
[roy]

belum. dia masih single-menggel.

tapi kau kena check dengan mak dia dulu. mungkin mak dia dah booking orang lain. aku dengar awek jeppon. Pehhh!!!
lobak oren berkata…
Saya, saya!

Saya cadangkan terjah rumah "I" the writer. Mesti byk harta karun peninggalan bangsa turun-temurun.
Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
wow!..
rozinorazali berkata…
zedd ni hensem dak macam daigo...
???
rozinorazali berkata…
Megat yang dicipta hidupnya hanya dengan Sarah...
Hilang Sarah Hilanglah Megat...
faizalmukhtar berkata…
[lobak]

rumah dia banyak jerangkap samar dan periuk api portuges! malas aku wehhh...
faizalmukhtar berkata…
[ayie]

daigo?, sarah?, megat? aku rasa action figure-nya pun ada Zedd kumpul!

dan sudah pasti zedd sejuta bilion kali lagi hensem dari daigo(...punya action figure)