" KAMI SEDIA SAHUT CABARAN PERTIWI ! " - Majalah GEMALA SMSU '96

Sebelum orang kecoh-kecoh dengan Aidil Zafuan dengan Zaquan Adha, ada satu time tu tatkala zaman gua membesar memang ada beberapa pemain kembar yang cukup lekat dalam kotak memori gua. Nak cakap pasal adik beradik memang la ramai, tapi itu gua taknak sentuh. Hanya player kembar sahaja. Seingat gua, sebelum wujud kembar Tiga Nanyo dalam kartun 'Kickers' dulu, dah ada dah Tiga beradik Harimau Malaya Abdah Alif, Yunus Alif dengan Najib Alif. Tu belum gua bukak story pasal Hanapiah Ali dengan Khalid Ali, big brader kepada Zainal Abidin Hassan. Pemain antarabangsa tak payah cakap la... bersepah! Ada sekali tu pernah gua terbaca dalam majalah Shoot tahun bila entah masa sekolah menengah, ada player Nigeria sampai 5 beradik sekali main bola kat liga Itali. Dasar kilang betul Afrika ni.

Ya, kembali pada topik asas tadi. Ada ramai juga pemain kembar lain di serata dunia yang bagi gua cukup handalan seperti Andreas Ravelli dan Thomas Ravelli dari Sweden, Ebbe Sand dan Peter Sand dari Denmark dan sudah tentulah faveret gua, Frank de Boer dan Ronal de Boer dari Belanda.

Pernah dulu, gua digandingkan dengan player kembar. Walaupun tak tau berapa 'cap' dah gua kutip main dengan diorang tapi experience itu takkan gua lupakan. Sebab selalunya di sisi pemain handalan akan ada sayap yang membuatkan player itu terbang dan mencapai awan-gemawan sebagai pemain legendaris. Sapalah Bergkamp dan Kluivert di depan pintu gol tanpa kelibat kembar de Boer.

Itu hari semasa menghadiri sebuah majlis, kami dipertemukan semula sesudah semi-retirement dari dunia bolasepak semi-profesional. Mustadzim kini sudah berumahtangga dan bekerja di HQ Toyota sebelah tempat kerja lama gua dan Mustakim adalah seorang travelling chef. Mereka kini berjaya dalam lapangan masing-masing dan juga karier yang diceburi.

Kami semua setuju futsal melemahkan pemain padang, Honda CITY baru best inzal, ada awek atau sudah kahwin bukan alasan untuk tidak turun dan tempat lepak James kat SS19 perlu dibangunkan semula untuk memeriahkan kembali zaman perlepakan tegar suatu masa dahulu.

Ulasan