IMBASAN 2008 : Sebuah retrospektif sepanjang tahun

[1.]
JANUARI


Dalam awal tahun 2008, gua banyak bercongak-congak macamana gua nak mengisi 365 hari berikutnya dengan perkara-perkara dan bahan-bahan yang berfaedah, bermanfaat dan prominen belaka. Jadi gua ambik kesempatan untuk kirimkan doa dan hajat kat mak bapak gua yang kebetulan di Mekah untuk menunaikan ibadah Haji agar semua impian-impian gua tercapai.

Sampai hujung tahun gua tak kawin-kawin lagi. Adik pompuan gua pulak yang nak kawin bulan 5 tahun depan. Nampak sangat gua tak cukup haul lagi nak carik bakal isteri.

Kad jemputan kawin adik gua bulan 2 itu hari. Dia dah pun selamat beranak minggu lepas iaitu bersamaan 19 Disember 2009. Tak pasal gua jadi uncle ini tahun jugak! Rezki Allah.

Masa ni, gua pun taktau apa kitorang buat. Gua budget Jim Lee dengan Alex Ross pun ada jugak angkat-angkat kotak dengan stok tak laku masa zaman diorang muda-muda dulu. Pastu Jim Lee dan Alex Ross dapat idea macamana nak berenti keje.


[2.]
FEBRUARI


Pertama kali gua dan gengsi masuk konti radio. Radio kerajaan pulak tu. Ada sapa entah itu hari, sebut reformasi ke apa entah. Nyaris tak kena lokap ISA.

Tengah pikir skrip promosi untuk malaun sebelah kanan gua.

Bangga sebab bekas company yang buat komik dulu masuk PREVIEWS. Sampai ke sudah tak sampai pun dekat Mind Shop atau Comics Corner. Kat mamak dengan Petronas ada la gua nampak.

Adik gua yang pertama kawin. Selamat kawin.


[3.]
MAC


Harijadi gua edisi 2008. Dah besar dah rupanya gua.


[4.]
APRIL


Blog rasmi gua sudah berstatus dot com. Sikit punya grand ke perasaan.

Jedi Masters Program kat KL SENTRAL. Dahsyat gua cakap lu...

Bertemu Pak Samad secara real. Dulu tak betapa real. Gua nyaris ambik order komik dari dia.


[5.]
MEI


Sepanjang gua kerja dan bergaji, gua tak pernah bercuti. Ini tahun gua pecah sejarah dunia! Gua landing kat Kepulauan Borneo di Sabah. Sikit punya solid awek Sabah. Awek KL boleh simpan sombong lu orang jauh-jauh.

Walaupun takde kena mengena dengan hidup gua, gua happy tengok gambar ni masa bulan ni. IMAGE FOUNDERS RE-UNION!

Gua masuk ITM balik. Dan mengajar. Rasa macam fairy tale sinetron Indonesia aje!

Kedai komik Online gua di bukak rasmi.


[6.]
JUN



EURO 2008. Menang-Menang-Menang-KALAH. B*%# PUNYA RUSIA.

HARGA MINYAK TAK PEPASAL NAIK.

Gua pulak kehilangan mata pencarian yakni kerja tetap bulan ni. Kembalilah gua ke gelanggang seniman jalanan yang gua rasa cukup tak best, menduga tapi seronok... seronok sebab apa?!? Seronok sebab gua dah boleh main WINNING ELEVEN bila-bila masa gua suka! HAHAHAH!!!!!


--- to be bersambung

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
wah.. spanjang kehidupan lu 2008 penuh suka dari duka bro..
best ke sabah? tak penah jejak lagi..
Maya berkata…
ok sambung cepat..2008 nak abis dah..happy new yeahh!!
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

sabah best. awek sabah... worllddd!!!
faizalmukhtar berkata…
[maya]

happy new year to you too ;D

jap-jap. nak sambung dah ni.
DancingQueen berkata…
cepaaatt sambung! nak tggu calendar july - dec plaks!
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

ye. sabor. sabor. tengah type...
gayour berkata…
yang paling best dan happening giler dalam idup lu di tahun 2008 ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ROB LIEFIELD RULES!


harfraginharr!