yok! datang tengok MASKARA malam ni yok! ...kita tengok pulak macamana seniman filem berfikir.

Kat mana Rumah Pena tu weh?
Sini ada map: http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Peta.
Rumah Pena di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.


1.
Dulu lepas belajar, gua ada pasang satu cita-cita nak belikan tong sampah baru untuk orang tua gua kalau dapat kerja sebab tong sampah depan rumah tu dah season sangat dah. Hampir 5 tahun berlalu. Gua masih buang sampah dekat tong sampah yang sama.

2. Ada orang Malaysia menang loteri RM20juta semalam. Gua budget dia mesti terer kebarangkalian dan study filem macam '21' dengan 'Beautiful Mind' berbilion kali.

3. Tengah malam tadi, Macgyver nyaris mati kena tembak. Oleh sebab itu, Macgyver rasa dia nak jumpa awek lama dia yang dah jadi renjer dalam hutan. Mungkin nak 'closure'. Kononnya nak bersama selamanya la konon tapi rupanya awek lama dia dah ada balak baru dan 'ingin teruskan hidup' sebab Macgyver lembab sangat. Macgyver tetap cool.

4. Gua jadi paranoid berdepan suasana orang-orang yang baik dengan gua. Bersalahkah gua atau gua yang serba-salah.

5. Harga minyak turun lagi, pasaran saham pulih sikit, Razak dan Norman bikin headline. Ada ancaman bom luar bangunan majlis tertinggi. Lat jadi superhero kat Jerman (apa sebenarnya kaitan adik-beradik diorang ni dengan negara Jerman?). Soto gerai abang ss19 naik RM3.50! Masih ada yang galak bikin jenayah.

6. Penyokong Liverpool makin eksyen. Gua pulak jumpa skill baru untuk Winning Eleven. AWAS!

7. Hati makin berbuku-buku. Apparat atau volatile ?

Ulasan