TERJAH TOUR : STUDIO NIEZAM PART 2

[ Kita kembali semula untuk SIRI TERJAH TOUR STUDIO ]

Memang tak silap lagi tajuk komik ni : SHIT THE DOG. Gua pun memula gabra dan panik sama ada nak posting ke tak penerbitan ini kepada khalayak. Last-last gua pikir, what the heck! Tajuk aje dah melambangkan betapa rebelnya orang-orang yang lukis komik ni. Mastermindnya adalah Alan Grant, John Wagner dan Simon Bisley. Collector's Edition dan ada 16 artis dalam satu komik. Tapi komik ni special sikit kalau lu orang nak layan...

Dia style lipat-lipat macam gini
(cilanat. kaki gua masuk dalam shot pulak, malas nak crop)

Pastu bukak aje lagi sampai boleh baca semua page yang ada. Kira single page print la ni dalam perkiraan gua. Diulangi : RARE !

Dalam novel grafik hardcover JLA RIDDLE OF THE BEAST ni, gua tengok geram aje : Semua design dibikin oleh Michael Kaluta. Tapi ilustrasi dalaman dibuat oleh 15 pelukis dan painter komik berkelas dunia hari ini macam Carl Critchlow, Simon Davis, Glenn Fabry, Jon Foster, Rafa Garres, Alexander Gregory, Alex Horley, Liam Sharp, Hermann Mejia, Jim Murray, Andrew Robinson, Greg Staples, Saverio Tenuta, John Watson dan Martin Williams. RONIN Frank Miller tu pulak First Printing .Sekali lagi gua snap CD Drew Struzan yang rare tu dengan artbook OUEVRE-nya sekali. THE ART OF MARVEL COMICS First Print, satu lagi klasik First Printing.



Sebagai seorang artis yang punyai visi universal dan melebihi jangkauan komik dan filem sekitar Amerika dan Eropah sahaja, Niezam turut tegar mengumpul dan memiliki artbook dan wacana dari Korea dan Jepun. Gua sempat jugak belek-belek. Ni dia beberapa yang gua rasa cukup mempersona!

Antara koleksi poster ORIGINAL yang ada dalam simpanan : TOMB RAIDER oleh ADAM HUGHES! Ooohhh... Aaaaahhh!!!

Mahakaryawan TRAVIS CHAREST dengan poster WILDSTORM NEW HORIZON. Gua dah check kat eBay sama Amazon. Tarakkk baiiii!!!

Itu aje la kot sebab gua rasa sehari suntuk memang tak cukup gua nak selongkar khazanah semesta yang ada dalam studio Niezam ni. Orangnya memang macam Indiana Jones, bijak menyimpan harta-harta karun dunia komik, filem dan seni kreatif. No wonder la dia guard studio ofis dia ni mengalahkan Pentagon! All the best Niezam. Gua tak sabar dan berdebar darah menunggu 2009... DAHSYATTT WOOOO!!!


CHIOW. Jumpa lagi dalam siri TERJAHAN TOUR STUDIO yang lain!

Ulasan

gayour berkata…
ah! lebih-lebihkan sangat.

yang patut dihargai ialah komik tag team encik alan grant dengan simon bizley!

shit the dog! what the FRAG!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

lu cemburu, bai... hehe.