INI ADALAH LAPORAN STATISTIKAL TERKINI ! : ADIK BERADIK GUA (2) - GUA (0) ...dan gua bukan cakap soal bolasepak.

Menurut laporan semasa yang diperolehi sebentar tadi, nampaknya gua ketinggalan dua markah yang sangat penting dan berharga dibelakang mereka. Rasa macam lagi hampeh dari kalah penalti Champions League dengan Man United. Pada tahun yang lepas, kurang lebih dalam tempoh dan jangkamasa ini juga iaitu dekat-dekat dengan musim orang nak pegi Haji yakni pada menjelangnya Hari Raya Korban... perkara yang sama jadi lagi.

Tekanan mula terasa namun gua hanya kuatkan kapasiti aliran pembuluh darah dan kekalkan kadar optimum degupan jantung serta paru-paru gua agar dapat bernafas dengan baik.

Wawasan gua untuk berfikiran umpama orang-orang polimatik terkandas sekejap. Gua nak jadi manusia roman-roman untuk malam ni. Langit pun best. Macam setuju aje gua nak mengelamun panjang. Harap-harapnya teori gua nanti menjadi.

Asyik kecundang aje eksperimen gua. Sampai bila gua nak dengar lagu Coldplay? Teringin jugak nak dengar lagu Saloma dengan Ahmad Jais.


MAN OF THE WEEK : SAMI NASRI

Ulasan