KINTA !

Tayangan Perdana Filem Malaysia Kantonis, KINTA 1881 arahan C.L Hor akan di tayangkan sempena Festival Filem Kuala Lumpur Antarabangsa (KLIFF 2008). Filem tersebut akan ditayangkan secara percuma dan mengalu-alukan kedatangan para media, peminat filem, blogger dan karyawan tempatan. Ini adalah salah satu filem pembukaan kepada acara berprestij yang akan di adakan pada 29 November 2008 di PWTC Kuala Lumpur, KLIFF Awards Night. Untuk makluman anda, filem KINTA 1881 akan menemui penonton sebenar di pawagam pada tahun 2009 dan pada anda yang ingin menonton pada 27 November 2008 bersama para selebriti tanahair, penggiat filem dan para media, bolehlah menghubungi urusetia KLIFF 2008. Untuk makluman lanjut, sila melayari laman web www.sinemamalaysia.com.my.

MALAYSIA PREMIERE,
' KINTA 1881 '
27 NOVEMBER 2008
GSC PAVILLION 4.30 PM

Bedesup Yob!

Filem ini mengisahkan kemelut para imigran cina yang berhijrah ke Lembah Kinta, Perak sekitar tahun 1800 sebagai pelombong bijih timah. Dan keringat mereka diperah secara paksa oleh Master Hoong, seorang peniaga dan ketua kongsi gelap. Confirm ada banyak babak-babak bergasak, stunt-stunt ngeri tahap gila khinzir dan stok makan penerajang!
Filem ini dibintangi oleh
Patrick Teoh, Robin Ho (bekas jurulatih Wushu kebangsaan), Michael Chin, Kuan Fei Jun, David Bao dan Albert Yuen.

Ulasan

gayour berkata…
kenapa lu lupakan nama NIEZAM dalam barisan pelakun? lu kena selesaikan dengan beliau.

beliau komplin pada gua. sungguh menjengkelkan!

yawn!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...apsal dia nak komplen kat lu plak?

Niezam ada cameo. Gua nak dedahkan takut spoiler. Chaiss!!!