MANTERAWORKS STUDIO : EDISI TERJAH TOUR !

Disebabkan oleh kebarangkalian untuk reporter CBR atau Nas Ahmad Melodi menerjah studio-studio atau tempat komik artis Malaya berkarya itu adalah tiada, maka dengan ini gua dengan inisiatif sendiri mengambil langkah sendiri untuk mendedahkannya sendiri tanpa disuruh oleh orang lain melainkan diri-sendiri.

Nampak macam takde keje, tapi gua tak pedulik. Dah memang gua dilahirkan dengan curiousity yang tinggi, nak buat camne?! Kalau gua nak tau, gua nak tau jugak asalkan tidak melanggar hak dan privasi orang serta tidak melanggar hukum ISA negara kita yang tercinta ni. Alah! Gua jamin lu orang pun jenis nak tau jugak kan? Jangan nak coverline la, bai...

Gua selalunya akan terpana dan terkesima dengan cara dan style orang-orang seni bekerja. Ada yang suka kurung diri dalam bilik sampai berbulan, ada yang suka lepak mamak, atas atap bangunan, bawah kolong, tepi tiang lampu dan macam-macam lagi. Gua dapat idea ni dari 3 source utama: sudah tentulah STUDIO TOURS CBR, VCD Kehidupan Seorang Seniman Malaysia dan cerita popular hujung minggu seisi pakcik dan pakcik... Terjah Melodi.

Apa yang menariknya disini adalah betapa unik dan 'gila'nya enviroment setiap seorang artis ni bekerja. Misalannya : Gua pernah tengok tempat kerja Gayour... Chaisss! Memang langit dengan bumi dengan suasana kerja Aie. Tu belum gua cerita tempat kerja yang lain-lain lagi yang pernah gua jumpa dan duduk borak. Apa yang penting kat sini, point gua membuat virtual tour ni agar semua dapat berkongsi inspirasi dan mungkin mendapat sedikit ikhtibar serta ilham. Baru membara semangat nak menulis atau melukis atau mendesign atau me-ape-ape aje!

Memang satu pengalaman yang fun dan berisi sepanjang gua kenal diorang ni. Proses menggerakkan kreativiti itu lain di mata-mata orang. Gua dengan ini cukup rasa bangga diberi peluang kongsi dengan lu orang ke beberapa studio/ofis rumah seniman-seniman yang tersebut.

Kalau ada seniman dan karyawan komik atau filem atau apa aje yang berkaitan dengan bidang seni dan industri kreatif kat Malaysia ni yang berminat sungguh untuk berkongsi ruangan ini, apa lagi? Hantar e-mail kat gua. Nanti kita boleh atur jadual dan lepak panjang.


Tanpa membuang waktu lagi, terimalah...

TERJAH TOUR!

Orait, ayuh kita mulakan! Tuan punya studio/ofis rumah yang pertama ni memang kamcing dengan gua. Pernah jadi editor tempat lama gua dulu dan memang antara insan-insan rare dalam dunia fana ni yang boleh gua bawak berbincang dan berborak perihal komik, filem, muzik dan lain-lain lagi termasuk politik wang, resipi spaghetti tak melekat-lekat dan urusan jual batik dan tongkat ali kat e-bay. Nama dia Niezam.

Setelah hampir 4 tahun merayu, memujuk, menghantar surat rasmi, membaling molotov cocktail tanpa alkohol dan mengugut keras menggunakan along dan ceti dari hari ke hari untuk menziarahi studio/ofis rumah dia ni... akhirnya dapat jugak gua buat liputan ikhlas ni. Gua bukan apa. Asal borak aje pasal komik, ada-ada aje dia bakar gua dengan koleksi komik dan apa tah lagi benda-benda rare yang dia ada. Gua rasa membara tak sudah. Siang dan malam gua gelisah dan gundah. Tak boleh jadik! By hook or by Captain Crook... GUA MESTI TERJAH!!!

Tu diaaaaa....!!! Tersusun indah bagaikan seorang pendita wahabi dan sarjana rennaisance yang dahagakan ilmu tetapi tidak mahu menunjuk-nunjuk kerna bimbang akan kerisauan dituduh manusiawi sebagai berfahaman radikal serta extreme tentang komik atau apebende aje yang sama waktu dengannya. Lahanat. Gua meraban lagi.

Melangkah aje ke studio mamat ni, mata gua dah jadi kelabu malami! Juling itik sudu melihat buku-buku, komik-komik, majalah-majalah, koleksi wacana-wacama dan wahana-wahana yang bersifat rare dan perlubukan. Fosil dinosaur pun tak berharga macam ni pada pandangan majazi gua!

Selain tu, gua ada terperasan beberapa material dan produk yang gua cukup tak sangka wujud di muka bumi Tuhan ini. Seperti yang terlihat di gambarajah ini, CD yang ada tu bukan sembarang CD, bai! Itu CD Collector's Edition The Art of Drew Struzan - Star Wars Portfolio yang pada hemat gua, dah lama pupus kat alam maya ni. Frame gambar tu semua, tersusun rapi kad MARVEL MASTERPIECES 1994 yang juga merupakan siri tersulung dan terjulung. Niezam cakap dia ada satu set. Mungkin nak diperam dan dilabur untuk menghantar anaknye ke Oxford kot. Kat bawah frame, khazanah dari Dave McKean yang tak terkata rare-nya melainkan rare-rare belaka!

Lagi edisi yang tak lapuk dek hujan perolakan dan tak lekang dek panas khatulistiwa hutan tropika. Ini adalah beberapa majalah dan komik variasi dari masterpiece maker Tim Bradstreet dan Adam Hughes. Peringkat ni memang hati hitam durjana gua berbisik : "Best jugak kalau dapat copet GANGLAND dengan CBA Adam Hughes ni...". Namun, mujur malaikat di jendela berada di sisi benak gua di masa itu.

COM.X SKY BETWEEN BRANCHES #0 JOSHUA MIDDLETON, METABARONS ALPHA/OMEGA cover TRAVIS CHAREST, THE AUTHORITY VOLUME 2 #5 lukisan TANG ENG HUAT yang ada battle kat KLCC tu, WILDCATS HARDCOVER First Print.
Manusia apakah ini!? Apakah manusia ini!? Ini apakah manusia?!!!
Gua cukup rasa terhukum sekarang.



[ bersambung dalam BAHAGIAN 2. ]

Ulasan

gayour berkata…
hey boy scout! listen up!
walau lu tak buat/hantar borang pemohonan lagi...

gua tak akan beri kerja sama kalo lu nak terjah studio gua!
gua sound lu awal-awal kerana gua tak nak telibat dengan siapa yang bekait dengan mantera work!
biar niezam jadi orang yang terakhir. beliau kesal dengan tindakan beliau membenarkan lu menerjah dan mendedahkan rahsia studio beliau!

muktamat!

gua baru tahu lu dengan remy 'eisu' mokhtar rupenye adik beradik.

har fragin har!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

hehe. dah nama terjah, apa kes plak nak pakai borang permohonan.

gua tau lu cemburu dan kesumat pada gua sebab lu belum senarai lagi. sabarlah bebeh...

bila masa pulak eisu ada pertalian darah dengan gua. chaiss! ejaan pun foul.