Jersi ALTRA! MALAYSIA (2008/2009) NIKE HOME : AFF SUZUKI CUP

HARIMAU MALAYA

Di negara-negara besar bolasepak dunia, memiliki jersi pasukan yang disokong dan diminati menjadi suatu kebanggaan. Tanpa mengira jatuh dan bangun pasukan mereka, jersi dipakai dengan logo pasukan tersemat di dada menandakan perasaan bangga yang tidak terhingga. Setiap kali pasukan mereka bermain, warna-warna pasukan akan membanjiri stadium sekaligus mencetus semangat kepada pasukan mereka untuk mencapai kejayaan.


Altra (Bahasa Malaysia) atau ‘ultra’ adalah satu ‘subculture’ yang wujud di kalangan peminat bolasepak sesuatu pasukan. Acapkali, sokongan yang dipamerkan oleh Altra dikatakan lebih daripada kebiasaan atau kebanyakan penyokong pasukan tersebut. Perkataan ‘ultra’ itu sendiri, yang berasal dari Latin, bermaksud ‘melebihi’.

Altra biasanya fanatik dalam menyokong pasukan mereka. Mereka mempunyai lagu-lagu tersendiri serta sorakan yang unik dan tidak segan silu menunjukkan sokongan mereka walau apa pun keputusan perlawanan. Yang penting, semangat yang ditunjukkan di atas padang mestilah setanding dengan sokongan Altra. Mereka akan menuruti pasukan mereka ke parlawanan-perlawanan seberapa kerap yang mungkin, samada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan, tanpa mengira samada jaraknya jauh ataupun kos yang tinggi. Itulah cara mereka membuktikan kesetiaan.


Walaupun begitu, Altra juga sering dikaitkan dengan kegiatan negatif seperti pelampau bolasepak atau budaya 'hooligan'.

Di dalam konteks kancah bolasepak tanahair, sudah tiba masanya Altra ini diberikan ertikatanya yang tersendiri. Mungkin tradisi bolasepak di Malaysia tidak sehebat di Eropah atau Amerika Selatan. Nah! Mungkin juga negara-negara Asia seperti Korea atau Jepun. Namun, kita perlu ingat bahawa terdirinya negara Malaysia hanyalah lebih kurang 50 tahun dahulu. Walhal, kebanyakan kelab-kelab di Eropah telah mencipta dan menghidupkan tradisi mereka sejak lebih daripada 100 tahun!


Sokongan kepada bolasepak Malaysia secara umumnya perlu dikembalikan. Jika tiada sokongan, bahkan jika dihujani caci-maki tidak tentu hala, pastinya banyak bakat-bakat yang ada tidak lagi sanggup bergiat dengan bolasepak Malaysia. Yakinlah bahawa, jika setiap kita memainkan peranan, pasti lambat laun bolasepak Malaysia akan menampakkan kemajuan. Yakinlah, peranan peminat menjamin kecemerlangan serta halatuju bolasepak Malaysia!


ALTRA ADALAH PEMAIN KE-12 DI ATAS PADANG.


Pasti ada Altra bolasepak Malaysia di luar sana. Jangan main gila. Gua tengah semangat ni. CHAISSS !!!


ATAS: HITAM/KUNING - Home
BAWAH: BIRU/KOLAR STRIPE MERAH - Away






kredit: harimaumalaya / akualtra / nikefootball

Ulasan