Jalan-jalan carik Jalan.

Gua banyak berjalan. Dan gua yakin jugak ramai juga orang yang banyak berjalan. Mungkin ada yang perjalannya lebih jauh dari gua. Ada jugak yang kurang berjalan. Mereka lebih suka naik kereta. Kereta sendiri, kereta orang dan kenderaan awam. Banyak jugak yang malas gila nak jalan, duduk atau baring kat rumah lagi bagus. Jalan jugak tu. Boleh jalan!

Bila penat berjalan, gua tak rehat. Gua rehat dalam berjalan. Penat itu kata para bijak pandai hanyalah permainan minda dan gurauan dalaman. Gua jalan punya jalan, lama-lama gua jumpa macam-macam cara untuk jalan. Penting jugak cara jalan ni. Tak semua lorong lurus, kadang-kadang ada selekoh tajam dan simpang untuk belok. Kat sini, cara gua jalan selalunya lain dari orang lain. Terutama sekali kalau simpang atau selekoh tu ada lampu isyarat.

Lepas tu, kalau jalan tu terlalu lama sangat lurus, gua suka lari laju-laju. Gua pecut! Gua kencang! Gua pantas! Kat sini penat dan letih akan cuba membuatkan lu menggelabah tak tentu arah. Ah! Asal tak mudarat atau tak membawa mati, gua nak lari laju-laju jugak. Saman? Esok-esok banyak duit, gua bayar. Time raya kan ada diskaun bayar saman. Lagi, apekejadah nak saman: gua bukan bawak kereta?

Jam atau kesesakan jalan raya, banyak jalan pintas . Itu pun pagi dengan petang atau kalau ada demonstrasi jalanan atau polis nak kejar orang jahat pecah masuk rumah orang kaya. Gua orang baik. Polis tak mampu nak tahan gua.

Kadang-kadang, gua bertemu jalan mati. Gua tak berhenti! Malammmm sikit gua nak berhenti!! Sama ada gua rempuh jugak jalan tu atau gua nekad bikin jalan sendiri. Asal bukan jalan wakaf anak yatim, lagi gua giat bikin jalan. Entiti seperti JPJ dan JKR tidak dapat menghalang gua kerana gua adalah peneroka bila jadi macam ni. Mereka sama sekali tidak ada jurisdiksi kerana jalan itu gua yang usahakan. Kalau nak halang jugak, gua halang mereka balik.

Cuaca kemarau dan iklim lebat membasah itu hanyalah lumrah alam. Gua hanya perlu pasang raincoat atau payung atau cuma memperlahankan jua kembali perjalanan gua.


Jalan punyalah jauh. Dah banyak tempat gua lalu.

Tapi gua hanya ada satu tempat lagi gua belum singgah.

Mana itu tempat?

Ulasan