INILAH DIA ' PROJEK SUPERHERO MALAYSIA ' ! : part 2

Ok. Ok. Kita sambung cerita itu hari. Jangan gusar-gusar. Gua tak lupa...

Karakter seterusnya dalam siri ini : BELANG !

Konsep ada, tapi gua tak konfiden bab praktikaliti. Anyway, ide yang boleh dikembang. Pilihan model OK. Bagus.

Lagi poster, standee, t-shirt, tumbler, flyers, merchandise dan lain-lain jua.

Lecturer dan juri berkenaan mengagumi ketekunan dan kerajinan group bikin produk.

Breakdown costume concept BELANG. Layout kitab identitinya begitu indah... NGIAUUU!!!

Last showdown is LANGSUIR !

Poster LANGSUIR dengan tagline " Cahaya dari Kegelapan ". Hhmmm....

Selesai semua presentation, kita mesti buat post mortem. Bancuh sikit mana yang tak larut. Baru ilmu padat dan sebati. Itu pesan masih gua berguru dengan Sun Tzu dulu.

Sorang-sorang juri bukak mulut dan buah fikiran. Yang mana dapat dibuat panduan, yang mana dapat dibuang di sempadan.

Gayour cakap dulu. Ah! Gua dah duga... speech dia aje makan 2-3 jam. Aie dah bengkek, Pekin dah boring, gua lagi la bengang!!! Tapi bengang dalam tenang la. Orang bagik masa 5 minit la! Chaisss!!! Roy gua taktau pikiran dia layang kemana. 5 minit pertama gayour berucap gua rasa semua dah off focus.

Tengok tu. Bercakap lagik! Bagik chance orang lain la weeiiii!!!

Ahahaha! Turn Aie pulak. Phieeww, lega naluri gua dan rakan-rakan. Gayour senyum tanda masih tak puas hati membebel! Mata gua pula tampak liar... weehooo!!!

Pekin memberikan beberapa-rapa pointers-pointers dalam presentation itu hari. Gua mencongak-congak apa nak bantai bebudak ni. Kasar sangat kang, terserlah kegarangan darah Jawa gua. Lemah-lembut sangat kang, nampak gua bagik muka kat gadis-gadis yang ada. Ahhh!!!

Ni apahal tetiba kecoh ngalahkan protes harga minyak ni?! Dammit!

Oh! Aie nak kasik hadiah untuk presentasi terbaik. Yang bebudak baris depan tu memikirkan ikhtiar hendak menjualnya di eBay sekiranya menang. Dasar hutangan PTPN!

Aie : Dan pemenangnyaaaa.....
Gayour : Gua. Gua. Gua. Gua. Gua.
Roy : ~~~~~~

Macam biasa, sessi otograp dan conteng-conteng atas kertas, ambik gambar-gambar nakal, cuit-cuit manja, bla bla bla....

Aha! Gua dipaksa, lu terpaksa. Senyum gua ikhlas-paksa!

Orait. Itu sahaja untuk semester ini. Insya Allah semester depan kita akan berjumpa lagik dengan projek-projek baharu yang lebih menggetar! Terima kasih semua. Terima kasih atas usaha. Terima kasih atas keyakinan dan semangat kalian semua! Gua support lu orang!! Syabas. Gua yakin ada yang bakal menggegar industri komik dunia satu hari nanti. Mungkin awek baju kuning tu... sapa yang tahu?! Gua pun tak tahuu... Eiyahoooo!!!!


kredit gambar dan kamera murah: Sherif Mazli Ibrahim

Ulasan

gayour berkata…
terlalu banyak unsur-unsur serangan peribadi melampau, provokasi dan fitnah yang bakal disusuli dengan surat tunjuk sebab dan seperti biasa, saman malu!

tak boleh diharapkan pada superfreakheros untuk menyelasaikan masalah ni. tindakan sendiri perlu diambil!

ah ah underware!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

ahahha!

underwear or no underwear... tonite we dine in hell's kitchen!
Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem...
besela.. kenela ayat manis2 bak 2 bekas gula..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

...tapi awas! terlebih gula boleh menyebabkan mudarat!!!

kadang-kadang kita kena ingat pada masam, masin dan tawar.
Tanpa Nama berkata…
ehem..ehem..
ble cek faizal nak wat komek superhero plak..
pasti brutal berdarah darah..
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

ek ele... pehal dia ni! gua dah buat dah. nampak sangat lu tak mengikuti perkembangan google dan wiki semasa!!