deus ex machina!

Gua nampak masa depan masa ambik gambar ni pasca '1997

Mengimbas kembali pengalaman gua di sekolah dulu, ternyata gua memang serius dalam menangani masalah gangsterisme dan membanteras budaya juvenil. Ini terbukti apabila gua sendiri mengorbankan pengaruh-pengaruh gua yang sedia dan turut serta menyertai kumpulan sasar ini.

Nah! Mereka ini sebenarnya bukanlah gangster, apatah lagi pengamal juvenilisme. Mereka-mereka ini (tidak semua) hanya golongan pemberontak dan pembidas sistem perundangan sekolah yang bersifar pincang, berat sebelah, pilih kasih dan sarat dengan anjuran kronisme.

Yang bersih, kemas dan menunduk pada telunjuk dan arahan ditatang bagai minyak nan penuh.

Yang protes, bersuara dan cuba bangkit akan dipinggir sama sekali bagai ... (gua tidak ada perumpamaan yang jitu untuk kenyataan ini).

Kami bukan sahaja belajar Sastera Melayu, Perdagangan, Sains, makan dalam kelas waktu Matematik dan tak bawak baju masa PJK. Kami juga belajar soal mutini, subversiviti dan revolusi kasta dalam sistem pendidikan nasional.

Lebih 10 tahun berlalu.


Gua tengok survive jugak lu orang semua... (hampir semua la). Sapa kata nakal dan degil itu perbuatan terlarang? Asal jangan terajang cikgu, rambut panjang masa perhimpunan dan simpan awek sampai tiga-empat orang satu sekolah, sudah. Itu baru JAHAT.


gambar ihsan: facebook.

Ulasan