catatan seorang vigilantis.

Menjadi 'vigilante' bukanlah kerja mudah. Beban berat yang dipikul adalah sangat mencabar. Kita tidak akan mendapat kredit apatah lagi sanjungan dan pujian. Ye la,kan? Nama aje 'vigilante'. Bukannya dapat apa-apa. Ah! Bukan jenis 'darah' gua pun.

Kita memperjuangkan keadilan dan menegakkan kebenaran. Tidak kira apa jua kosnya.

Sekarang ini, gua mengalami keperitan tulang belakang yang getir, mata yang lebam-lebam, bengkak dan bisa pada sendi-sendi, 'cramp' dan seliuh seluruh anggota serta senak pada perut dan sebak di dada. Secara psikologikalnya, gua masih steady. Akan tetapi, fizikal gua mungkin perlukan sedikit rawatan fisioterapi dan pemulihan kardiovaskular.

Gua setakat sakit-sakit badan sikit, gua tak kisah. Apatah lagi gua memegang 'title' lelaki sejati yakni jantan budiman. Gua akan harungi jua apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Malam ataupun siang. Hujan ataupun kemarau. Musim raya panjang ataupun time kerja kencang.

Pada sudut mental pula, neuron dan 'synapse' gua juga tetap kental. Syukur... Alhamdulillah. Setiap hari, silih-berganti, ada sahaja laporan dan tohmahan yang tidak berasas ditujukan pada gua. Walaupun niat gua dan tujuan misi gua baik, masyarakat dan orang-orang pesimis tetap memandang gua sebagai epidemik kepada sistem sosial. Gua bukannya buat salah. Cuma cara gua bergerak sahaja yang ekstrim malah radikal kadang-kadang. Ah! Takpe. Ini bukan negara yang berfahaman sekular pun. Lagipun, bukan cara gua untuk mem'bunuh' si durjana yang berkeliaran dan bersepahan itu.

Hari ini gua duduk depan komputer canggih dalam markas persembunyian rahsia gua dan menulis semua ini untuk catatan rekod peribadi gua untuk rujukan di masa akan datang.


Apakah perlu gua menukar modus operandi gua untuk memuaskan hati 2-3 pihak?

Apakah perlu gua menjadi super-poser dan hanya memakai kostum warna-warni bertujuan show-off sahaja tanpa ada apa-apa impak kepada semua?

Apakah undang-undang manusia bersifat objektif dan sifar subjektiviti?

Apakah ini yang kita mahu wariskan pada anak-anak pemangkin generasi akan datang?


Gua makin membara. Gua makin menyala.

Masanya sekali lagi untuk menghidupkan jentera dan menjana tenaga.

Dunia memerlukan gua!


CUT TO:
Melompat tinggi dari bangunan ke bangunan.
C/U tepat ke muka watak utama. Lagu tema / runut bunyi bermain kuat.

Ulasan