berenang-renang ketepian : PART 2

Nak mandi dan berenang kat laut, airnya biarlah pasang yang cukup-cukup ngam. Pasang dalam atau pasang surut, kena tengok dulu. Jangan main redah. Kalau main redah aje, macam-macam boleh jadik.

Sekali tu, ada member pergi air terjun kat mana ntah... dah lupa pulak gua judul tempat tu, nampak macam cetek air yang mencurah ke bawah. Sekali junam, sikit punya dalam. Luasnya tak payah cakap la, main futsal hari-hari pun boleh semput. So, kena pandai budget.

Air banjir pun tak boleh dipandang remeh. Taun dengan Malaria dah mode standby aje. Kotor dan mendatangkan mudarat tapi bebudak mana la ambik tau sangat pasal benda ni. Diorang tau have fun aje.

Sungai Nil, Sungai Mekong dengan Sungai Ganges tak boleh mandi sembarangan. Kalau berani pergi la test berenang kat Laut Merah atau Laut Hitam atau Laut Mati kat Israel nun. Kalau berani la kan?!

Gua pun tak berapa nak pasti berapa banyak tasik-tasik dalam dunia ni yang ada raksaksa selain Tasik Chini dengan Loch Ness. Entah ya, entah tidak... boleh berenang ke kat situ?

Sejarah membuktikan betapa pentingnya berenang dalam buku-buku sejarah epik klasik macam Beowulf, Illiad, Odyssey dan Gilgamesh. Kalau tak, takkan orang sanggup renang lautan api demi cinta sejati, kan? kan??

Jadi, bawak-bawaklah belajar berenang. Kalau tak nak belajar pun, kurang-kurangpun belajarlah cara teori. Namun, teori tak la best sangat berbanding praktikaliti dan amali. Berguna dan bersifat asasi. Kalau rumah kena catu atau terputus bekalan air, boleh berenang kat mana-mana tempat sesuai untuk mandi. Kalau panas atau musim kemarau, boleh sejukkan badan untuk mengelakkan bahaya pada tubuh badan. Orang dulu-dulu mana ada kenderaan nak travel lalu jalan air, kena belajar berenang. Sebab tu orang dulu-dulu ni, kental dan kebal. Nak carik rezeki pun, kena pandai berenang. Lu orang ingat cencaru, keli dengan patin tu sesuka hati aje nak menyerah diri dalam periuk atau kuali. Kapal terbang atau feri yang korang naik tu karam, kalau tak tau berenang, innnalillah. Berenang boleh jadik juara. Orang siap ready emas lagi untuk orang yang terer berenang. Askar paskal atau NAVY Seal atau angkasawan WAJIB tau berenang.


Belajar berenanglah sebelum terlambat. Banyak masa lagi. Peluang takkan tertutup untuk orang nak belajar berenang. Jangan takut lemas. Semua orang lemas sekali-sekala.

Ulasan