berenang-renang ketepian : PART 1

Nak belajar berenang bukan senang. Selain perlu punyai set skill, sedikit-sebanyak ilmu dan swadaya pengalaman yang mencukupi untuk berada di permukaan air... jenis-jenis kawasan renangan pun perlu diambil kira. Itu belum dilampirkan bagaimana cara dan sebab apa perlu belajar berenang lagi. Peri pentingnya belajar berenang itu ada sangat signifikan dan mustahak dalam sejarah peradaban manusia.

Masa kecik, mungkin kita belajar berenang secara otomatis di dalam tab bayi ketika ibu kita sedang memandikan kita tatkala itu. Tapi itu sudah memang fitrah seorang bayi. Nak tak nak, kena juga belajar berenang biarpun perimeter tab bayi itu kecik yang amat dan masih dipiawai selamat sangat.

Dah besar sikit dan ada akal mula nak terangsang, mula la carik pot-pot mencabar sikit untuk belajar berenang. Swimming pool sudah menjadi destinasi biasa. Yang mesra alam, akan carik sungai atau pantai laut. Tak ketinggalan juga area lombong dan air terjun bagi mereka yang daring. Cara belajar berenang juga lain-lain mengikut citarasa, style dan keinginan masing-masing. Ada yang boleh belajar sendiri, ada yang perlu diberi bimbingan teknik renangan asas, ada yang agak kamikaze serta berhati barbarian dan ada jugak yang tak pasal-pasal kena campak terus kat dalam air - secara rela atau tidak, itu soal lain.

Kalau mandi swimming pool, stroke biasa-biasa aje yang kita lihat. Sungai atau air terjun memerlukan kehandalan lebih jitu dan keberanian lebih kental. Dari terjun tiruk hinggalah ke somersault berganda, terpulang pada selera dada masing-masing. Segala risiko tanggung sendiri. Kalau hari baik, maka skill berenang boleh dipertingkatkan dengan setiap renangan. Kalau hari suwey, ada yang terkehel, terseliuh, bengkak, lebam, hamstring, patah riuk, koma dan sesetengah kes... arwah. So, kena banyak bersabar dan tawakal bila berenang tempat yang takde lifeguard tu. Tapi takleh cakap jugak. Kadang-kadang tempat ada life guard pun suwey jugak sebab malang tidak berbau. Jangan la salahkan lifeguard kalau dia tido atau sibuk mengayat awek seksi.

Ombak tinggi dan jerung untuk area laut, batu-batan keras nan tajam kat kawasan sungai atau air terjun, puaka kat lombong. Berenang skill tinggi-tinggi pun kalau dah nak jadi benda tak elok... dia jadi jugak. Aquaman, Namor, Man from Atlantis, Michael Phelps, Ian Thorpe, Jefrey Ong pun tak la terer sangat. Diorang pun ada kena jugak.

Tak caya boleh baca cerita Nakhoda Tanggang dengan Panglima Awang.

Ulasan